Friday, June 13, 2014

Physiotherapy

Bismillahirahmanirrahim..

One of my family members was finished her study in foundation of science. So, she asked me few questions about 'Physiotherapy'

Jadi, saya akan kongsikan serba sedikit kepada semua mengenai Fisioterapi

Bidang fisioterapi bukanlah satu bidang yang mudah. Tak juga susah. Kalau pandai teroka, bidang fisioterapi sangat menyeronokkan! Pada mulanya.. rasa nak menangis nak bawa bidang ni. Lama-kelamaan bidang ni melekat juga kat hati. Makin banyak yang dipelajari, makin berminat untuk mengetahui lebih dalam sampai baca journal tak sudah!



WHAT IS PHYSIOTHERAPY? APAKAH FISIOTERAPI?

Fisioterapi : Team rehabilitasi perubatan untuk membantu pesakit mengekalkan, memulihkan & meningkatkan keupayaan fizikal mereka. Fisioterapi juga bertanggungjawab merawat kesakitan, penyakit atau kecederaan fizikal yang dialami oleh pesakit. Team ini juga perlulah mencari dan memaksimumkan kualiti hidup pesakit melalui prevention, intervention (treatment), habilitation, rehabilitation & promotion.

Habilitation : Making someone fit of doing something
Rehabilitation : restoring the ability
Promotion : process of making people to improve their quality of life           

* Dipetik daripada http://www.medicalnewstoday.com/articles/160645.php *



WHAT HAVE WE LEARNED? APA YANG KAMI PELAJARI?

Banyak sangat.....
Antaranya :
- Anatomy & Physiology I & II (belajar segala proses dlm badan)
- Kinesiology I & II (belajar pasal muscles, bones)
- Physiotherapeutic Skills I, II, III(more on exercises n treatments)
- Electrophysical Agents I & II (belajaq pasai machine spt ultrasound, traction machine)
- Clinical condition (belajar pasal semua disease A-Z)
- Physiotherapy In Musculoskeletal (belajar pasai otot, tulang, saraf.. macam mana nak cari masalah pesakit)
- Physiotherapy In Cardiovascular (Pasai sistem kardiovaskular spt asthma, sakit jantung & cara merawat)
- Physiotherapy in Acute Care (menjaga & merawat pesakit yang baru melakukan pembedahan kecil/besar)
- Physiotherapy In Neurology (mengenali penyakit yang berkaitan dengan otak, immune system & tulang belakang. Yang berkaitan dengan saraf spt stroke, traumatic brain injury, spinal cord injury, parkinson)
- Physiotherapy For Women Health (penyakit-penyakit yang dialami oleh wanita seperti urine collapse & orang tua seperti alzheimer serta penjagaan pregnant mother)
- Physiotherapy In Pediatrics (Penyakit kanak-kanak sprti perkembangan kanak-kanakl yang lambat, down syndrome & mcm2 lagi)
- Sport Injury (Degree sahaja - belajar pasal injury dalam sukan & cara handle)

dan banyak lagi....

Adik-adik yang nak ceburi bidang ni, tak perlu takut & gusar.. Kalau niat betul, InsyaAllah boleh berjaya!
Bidang ni meluas. Kena bijak bawa diri ye..

* ceih,, cakap serupa orang dah berpengalaman 10 20 tahun jek*


Apa yang boleh dijelaskan kat sini, semasa kerja

- kena cari problem pesakit walaupun doktor dah bagi diagnosis (sakit pesakit). Kena pastikan diagnosis doktor adalah betul. Kalau tak betul.. pergi marah doktor tu. eh.. hahahah! tak tak tak! jangan marah doktor. Mungkin doktor tu tersilap ye adik-adik.
- Bagi rawatan untuk masalah utama pesakit dulu  dan yang bersesuaian. Kalau perlukan exercise, kena bagi exercise. Kalau perlukan rawatan untuk mengurangkan sakit, bagi rawatan untuk kurangkan sakit. 
- Lihat improvement pesakit. Contohnya.. kalau sebelum ni lutut tak boleh bengkok habis, lepas bagi exercise/treatment, lutut boleh bengkok habis atau tidak.
- Promote healthy lifestyle!
- terangkan masalah pesakit
- Boleh adakan kelas aerobic/zumba/weight reduction class

dan banyak lagi...


Fisioterapi boleh kerja di macam-macam tempat contohnya;
- Pusat Sukan
- Majlis Sukan Negeri
- Team Bola Sepak
- Hospital kerajaan & swasta
- Physiotherapy centre
- Servis rumah ke rumah ( locum)
- Sekolah sukan



Nampak susah tapi lama-kelamaan, pasti jatuh cinta. Orang kata.. Tak Kenal Maka Tak Cinta!
Lagi satu.. Physiotherapy berbeza sedikit dengan Occupational Therapy. Occupational Therapy more on daily life rehabilitation. Yang saya tahu lah.. team ni mengajar pesakit menguruskan kehidupan seharian walaupun terdapat kekurangan pada diri. Contohnya: buatkan baju garment utk pesakit yang terbakar, ajar pesakit butang baju, menulis, memasak & memandu. dan macam-macam lagi kerja mulia mereka!



Faham tak anak-anak?


Tak faham?


Boleh tanya saya kalau ada soalan lebih.



Sampai sini sajalah yang saya boleh terangkan serba sedikit mengenai Fisioterapi:)



 BYEEEEEEEEEEEE!













Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)