Sunday, February 9, 2014

Atok

13 Ogos 2013, Selasa
Tak berapa ingat raya ke berapa tapi hari ini merupakan hari penting buat kami sekeluarga. Ianya Hari Jadi Atok yang ke-71. Alhamdulillah.. Allah SWT masih lagi memberikan tenaga & kesihatan yang baik kepada atok. Petang 13 Ogos, aku, adik-adik aku, sepupu & pak cik (adik bongsu umi), pergi beli kek untuk hari jadi atok. Secret Recipe jadi pilihan sebabnya atok x pernah sambut hari jadinya dengan meriah. 

Kami ber-BBQ & masak sikit2 untuk majlis hari jadi atok. Walaupun hanya keluarga kami sahaja tapi masak macam nak makan beratus orang. So, majlis bermula dengan bacaan doa selamat, potong kek & makan-makan. Selesai urusan makan, atok ada sedikit amanat yang hendak disampaikan. Bukanlah amanat tapi lebih kepada pembacaan wasiat. Aku dah mula rasa pelik waktu ni. Tapi orang cakap, ajal bila-bila boleh datang. Jadi, kena bersiap sedia daripada awal.

Selesai pembacaan wasiat dan sebelum atok membacakan wasiatnya, atok ada beri sedikit kata-kata :

'Terima kasih anak-anak & cucu-cucu atok sebab sambut hari jadi atok yang ke-71. Pertama kali atok sambut hari jadi meriah macam ni. Tak pernah lah atok sambut hari jadi & mungkin ini hari jadi terakhir atok.. '





26 Disember 2013, Khamis
Atok datang Nilai dari kampung dengan Alang & keluarga. Sebelah malam, umi telefon tanya pasal 'walking frame'. Umi cakap atok dapat Knee Osteoarthritis atau lebih dikenali sebagai sakit lutut. Jadi, aku dah 'WeChat' umi barang-barang yang boleh dibeli untuk kurangkan sakit atok. Umi bagitau lagi, atok susah nak berjalan. Jadi, aku tak syak apa-apa lagi. Mungkin sakit lutut biasa. 


27 Disember 2013, Jumaat
Habis kerja pukul 5 petang, balik kolej macam biasa dan dah merancang dengan Azzy dan Abe untuk makan western di Keramat. Pukul 6 petang, Una telefon minta aku balik. Alang pun suruh balik. Una bagitau atok x boleh jalan & atok jatuh selepas ambil wudhu di tandas. Hati mula rasa tak sedap. Berdebar-debar je. Cepat-cepat kemas barang & terus balik ke Nilai. 

Sampai rumah je, terus masuk jumpa atok. Sayu hati tengok atok terbaring je. Sembang-sembang kejap dengan atok & urut kaki atok. After dinner, aku check reflex, muscle power and sensation. esult sangat tak memuaskan. Bertambah risau. Aku minta umi bawa atok ke KPJ Seremban. Even muka atok pun dah jatuh sebelah. So, semua setuju.


28 Disember 2013, Sabtu
Aku, umi and Afiq bawa atok ke KPJ Seremban. Abah & Una bawa Ameera daftar sekolah & yang lain ke Kota Tinggi utk attend wedding adik ipar Cik Aju. About 7-8 hours kat KPJ Seremban, Atok dah buat chest X-ray, CT Scan & MRI for spine. Bad news.. Otak atok di MCA dah ada aneurysm (ballooning of the artery). Kitorang tak cakap apa-apa kat atok. Doctor pun dah siapkan surat refer to specialist neuro di KPJ Ipoh. Kitorang balik rumah.. Sebelah malam, atok makin lemah. Langsung tak larat nak bangun sendiri. Duduk pun dah tak stabil. Sedih sangat-sangat..

My youngest sister temankan atok makan. This time.. aku rasa nak menangis sebab atok nak cuba makan sendiri tapi.. atok hanya mampu beberapa suap & selebihnya, aku yang suapkan..

29 Disember 2013, Ahad
Atok makin lemah.. Percakapan atok dah mula tak lancar atau dalam medical term 'slurred speech'. Aku dah bagitau alang and mak nyah utk bawa atok ke KPJ Ipoh kalau nampak atok makin lemah. Time nak salam atok, atok menangis. Opah menagis. 'Aqiliah, jom balik ikut atok. apalah nasib atok..'

Aku tahan menangis.



30 Disember 2013, Isnin
Pukul 3 petang, umi call. Umi suruh aku balik Ipoh petang ni juga. Atok sebut-sebut nama aku. atok cari-cari aku. Aku minta izin Puan Khuzaimah (Clinical Instructor) untuk cuti hari Selasa & memandangkan hari Rabu cuti tahun baru. Alhamdulillah.. Puan Khuzaimah benarkan aku cuti. Petang tu aku minta mirul hantarkan aku ke Ipoh. Thank you my dear Amirul hantarkan I balik Ipoh and always be my side..


31 Disember 2013, Selasa
Pagi-pagi dah ke KPJ Ipoh..Tunggu kat hospital sampai maghrib. Penat memang penat tapi kerana Atok, aku sanggup. Sekejap-sekejap masuk gerakkan semua joints atok. position atok. Hari ni juga.. a very bad news. Dr ada bagitau yang atok ada tumor di Middle Cerebral Artery (MCA). Luruh jantung bila dapat tau.. Bila dah macam ni.. hanya mampu sabar & berdoa~


1 Januari 2014, Rabu
Macam biasa rutin kami ke KPJ Ipoh. Ziarah atok & temankan atok sampai petang. Alhamdulillah.. atok dah boleh gerak kaki sedikit. Atook dah mula rasa sakit pada kaki. Syukur Alhamdulillah.. Dr nak buat further investigation. Nak ambil air tulang belakang. Kami sekeluarga serahkan segalanya pada Dr untuk lakukan further investigation. Hanya Tuhan saja yang tau macam mana perasaan kami semua waktu ni. Allahurabbi.. Disebabkan esok harinya aku kerja, aku pulang semula ke Selayang.



2 Januari 2014, Khamis
Cik aju or Mak nyah WeChat and bagitau ada virus attack. It is Guillian-Barre's Syndrome (GBS). Biasanya GBS attack orang muda. Tapi kuasa tuhan kan dan ia merupakan penyakit yang agak jarang. Boleh dikatan 1 dalam 1000 orang je yang boleh kena penyakit ni. Penyakit ni juga tak tau mana datangnya. senang cakap.. unknown causes. So, Dr akan bagi antibiotik to slow down the virus attack.


3 Januari 2014, Jumaat
Lepas kerja, terus gerak ke Ipoh semula.


4 Januari 2014, Sabtu
Hari ni atok akan dipindahkan ke GH Ipoh. Dalam pukul 10 pagi, atok dah ada kat adalam emergency department. Ward penuh. ICU and HDW penuh. haihs.. lama juga atok kat emergency sampai dia nak bangun sendiri.


Atok di Emergency Department Hospital Bainun, Ipoh

Alhamdulillah.. dalam pukul 5 petang atok dibawa ke Ward 7A kalau x silap. Aku dah macam kesian kat atok & opah yang bakal jaga atok di ward. Hospitalnya bukan macam Hospital Putrajaya ke, Hospital Selayang ke yang lebih baik kondisinya. Penuh & panas. Nak tunggu masuk 1st class ward kena mohon ke apa ntah dulu. So, aku tunggu atok sampai pukul 11 malam sementara opah balik untuk mandi & rehat. 
Sepanjang jaga atok, macam-macam perasaan ada. Atok minta nak pergi toilet, nak berdiri, nak berjalan tapi semuanya tak dapat dilakukan. Aku hanya mampu dudukkan atok tepi katil, lapkan badan atok, urut2 badan atok, bagi atok minum susu.. Sedih memang tak tertanggung..sampai aku terfikir & type di ipod..

'If my parents fall sick like atok, can't even to be active and move, am I able to take care of both my parents like what I did to Atok. Like opah take good care of atok. Itu semua takdir Tuhan. La Tahzan.'

Moga aku terus diberikan kekuatan & menggunakan ilmu yang aku pernah belajar sebelum ni untuk jaga umi & abah. Jaga opah, Jaga adik-adikku. 


5 Januari 2014, Ahad
Pagi-pagi dah gerak balik Nilai dengan Una & Afiq. Kitorg kena balik awal sebab nak kena hantarAfiq balik sekolah sebelum 6 petang. Sampai Nilai dalam pukul 1 petang & hantar Afiq semula dalam pukul 4 petang. Sewaktu perjalanan dari sekolah Afiq ke Puncak Alam, umi call. Umi suruh balik Ipoh semula sebab Atok dah tenat. Atok kena heart attack. Puncak Alam tak jejak lagi, kami patah balik masuk highway ke Ipoh. 


Antibiotik yang diberikan. Atok & opah.

Pada pukul 2 atau 4 petang, atok diberi antibiotik GBS. Tak lama kemudian, menurut mak cik2 aku yang jaga atok, Atok tak sedarkan diri. Jantung atok berhenti selama 2 minit. HO & nurse sempat selamatkan atok dengan CPR. Opah pun dah tandatangan untuk tak lakukan CPR kalau atok kena heart attack lagi. Seksa.. sakit.. 

Atok akan dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung(CCU). Atok tak sedarkan diri. Atok dah tak bergerak. Atok dah tak bercakap.. Doktor kata atok koma. Beberapa minit sebelum dipindahkan ke CCU, jari jemari atok bergerak. Alhamdulillah.. Tapi doktor akan beri ubat tidur untuk rehatkan atok disebabkan Atok tachycardia & tachypnea..




Malam tu opah berkeras tak nak balik. Nak tunggu atok.. Mak nyah temankan opah.. sementara tunggu pak cik aku, apeh, sampai ipoh untuk tukar turn. 



6 Januari 2014, Isnin
Pukul 10 pagi dah pergi hospital. Umi, abah, mak nyah & opah awal-awal dah pergi hospital. One of the specialist kat hospital ipoh tu sedara mara atok. dia dah pesan suruh call semua sedara-mara datang jenguk atok. Keadaan atok pun makin tak stabil. Blood pressure atok kejap tinggi sangat2 & kadang-kadang rendah sangat2. Dada atok pun turun naik. Alhamdulillah, hampir semua sedara-mara aku datang jenguk. ada yang sanggup ambil cuti untuk datang ziarah atok. Terima kasih semua..

Aku & una pulang semula ke Selayang & Puncak Alam lepas asar. Umi & yang lain balik semula ke Nilai lepas isya'.




7 Januari 2014, Selasa
Pukul 3.59 pagi, umi call...Ya Allah.. akhirnya kau panggil jua atok ku. Kami redha.
Atok pulang ke rahmatullah pada umurnya 71 tahun pada pukul 3.57 pagi 7/1/2014 di Hospital Tuanku Perempuan Bainun. 

Atok selamat dikebumikan di kampung halamanya di Beruas, berdekatan dengan kubur arwah kakaknya, opah ende, yang baru meninggal 2 minggu sebelum atok meninggal.

Pada mulanya, aku rasakan yang aku kuat tapi jejak sahaja kaki di rumah atok, aku menangis. Aku cari opah, peluk opah. Ya Allah, kuatkan hati opah & kami semua.




Untuk pengetahuan semua, atok tak pernah masuk hospital & tak pernah sakit tenat. Syukur Alhamdulillah.. Atok menanggung kesakitan selama seminggu. Semuanya kehendak Allah SWT. BEtapa besarnya kuasa DIA. Allah SWT dah tunjukkan aku macam-macam hikmah. Dah beri aku macam-macam petanda..

Petanda untuk menjadi lebih baik & patuh kepada perintahNYA. Kuatkan hati & imanku untuk terus istiqamah & tempatkanlah atokku di tempat-tempat orang yang beriman.


Al-Fatihah..


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)