Sunday, December 1, 2013

Grow Up

Assalamualaikum and hello people!

Sedar tak sedar dah masuk fasa 20-an. Boleh dah lah join akak-akak matang cerita bab kahwin. Hehehehehehe:D Biasalah, bila mana korang duduk rumah dah gaya macam mak-mak orang. Kena kemas rumah, basuh baju, masak, terasa macam dah boleh kahwin (Padahal dari kecik aku memang dah disuruh buat kerja rumah).

Waktu zaman tak matang dulu (zaman sekolah ye nokk), aku ni kira suka membantah, pemalas tahap tak hengat dunia & paling penting aku nak berkepit dengan kawan 24 jam kalau boleh. Kengkonon 'FRIENDS FIRST'. Tapi aku ni xde boyfriend. Serious! Tak pernah ada boyfriend zaman sekolah dulu. Masuk universiti baru aku menggedik macam lintah nak ada boypreng ni. hiks. hiks. *Rasa nak kaki kat diri sendiri*

A few years kat UiTM Palam, aku realized something. I need to be matured. No. The surrounding and what had happened to me from semester 1 until now really turned me 360 degree. Kekdahnya nak cakap kat sini, aku ni lebih berhati-hati dan lebih panjang akalnya.

Here, a few things that really make me think wise :


1. Friends First to Family First
Zaman sekola, zaman 'UP'.. aku sempat rasa duduk sekolah harian. Kena stay back dan for sure berkepit dengan kawan dari pagi sampai ke petang dan kadang-kala ke malam (kekonon kau lah segalanya dalam hidup aku. Lepas tu semua hilang dah tamat sekolah). Hubungan dengan family tu macam kurang sikit (derhaka sungguh aku ni). Tapi bila aku dah masuk universiti. Dah nak habis belajar pun, barulah aku sedar yang family merupakan keutamaan. Sekarang barulah aku boleh bersembang galak punya dengan umi & abah. Kalau tetiba lapar & teringin makan kat rumah, aku sanggup drive Selayang-Nilai semata-mata nak lepaskan rindu kat rumah. Nasib baik jarak Selayang-Nilai tak macam Perlis-Sabah. Kalau tak mau aku nyanyi lagu rindu-rinduan sensorang dalam bilik sambil makan maggi. huhuhuhuhuhu... 

Korang semua patut sedar yang family especially parents sanggup buat apa sahaja for the sake of korang punya happiness. Walaupun mak pak korang tak mampu bagi mini cooper sekurang-kurangnya, diorang mampu curahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh sampai mencurah-curah tak cukup baldi. Jadi, kawan-kawan yang dah hampir masuk alam kahwin tapi macam kanak-kanak ribena (aku lah tu antaranya), moh leh kita sedarkan diri kita yang keutamaan kita adalah keluarga kita sendiri. Without our parents, we're nothing. 



2. Kemahuan To Keperluan
This is a very-very-very-crucial-things-ever! Bila dah makin membesar, kadang kala tu rasa pening mana satu kemahuan & mana satu keperluan. Kalau banyak duit, semua aku dah beli. Ni masalahnya, aku buka purse, resit lagi banyak daripada duit. Kiranya sekarang, aku kena lebih berjimat cermat. Nak beli something mesti fikir dekat 10x. Kalau betul nak beli, aku kena buka balik bajet 2013 aku. ceeeihhh.. mana pernah aku ada bajet sendiri. Main tibai jek. Tapi sekarang ni kena buat monthly budget. Kalau tak pokak aku. Pernah jadi one day, aku tetiba nak balik Nilai. Padahal dah habaq mai kat umi yang aku x balik. Alih-alih aku balik.

Umi : Bila kakak sampai? Kenapa tiba-tiba balik
Aku : Baru je sampai. Lapar. *Sambil menjilat jari, baru lepas makan nasi*
Umi : Ya Allah.. bertuah punya budak. Umi baru ingat nak masukkan duit petang ni
Aku : X yah lah. kakak dah balik ni. Hehehehehehe. Duit dah habis *buat muka comel*
Umi : *gelak macam aku buat kelakar tahap 300000 giga*

Memang betul. Nasib baik minyak and touch & go ada sikit lagi. Cukup-cukup untuk balik Nilai. Kalau tak kebulur aku kat Selayang tu. Teruk punya perangai. Since that day, aku buat weekly budget lak. Nak minta duit lebih-lebih kat umi and abah memang segan nak mati lah wei. Cepat lah aku kerja, nak bayar balik semua duit yang aku dah pakai kat umi and abah;(

Hidup makin susah lorh.. Kalau korang anak kaya, x pe lah kot nak beli macam-macam. Tapi kalau korang perasan-anak-orang-kaya, silalah beringat. One said 'Ukur baju di badan sendiri'. Biar bersederhana jangan papan kendana. peace yo!



3. Sedentary lifestyle to Healthy lifestyle
Well, makin tua, makin x sihat. Tak mau lah macam tu. Aku nak makin banyak umur, makin nampak muda.
Sekarng ni, tiap-tiap hari lah aku exercise kat gym physio. I've read one article and it said that when we do exercise, we will look younger.

Kalau korang nak cepat tua, x yah lah exercise.



So, ini sajalah yang dapat aku share. Fikir-fikirkan & selamat beramal~





Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)