Wednesday, October 2, 2013

The Beauty of Malacca


'LUAS PEMANDANGAN, LUASLAH ILMUNYA'

Siapa kata Melaka tak unik? Unik tau.. Walaupun bandar bersejarah ni antara bandar yang lama dan telah wujud sekian lamanya, tapi bandar ni lah yang mewarnai negeri Melaka. Banyak bangunan-bangunan lama yang masih teguh berdiri, cantik dan unik!



Aku teruja tengok 'pagar' kat tingkap tu.Sampai berangan nak buat rumah ada jendela macam tu!


Favorite place


Buildings tepi sungai


This is MELAKA!


Pak cik ni, suara dia mantap gilooooss! TERBAIK lah!


So, let's visit to MALACCA!

Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Tuesday, October 1, 2013

Trip: Bukit Tinggi, Pahang

Tengah musim final exam ni, rajik pulak aku nak menaip panjang-panjang, update blog. pelik ni. bukan aku ni. Tak pelah, next paper on 1st October. So, ada beberapa hari lagi utk aku habiskan sisa study aku yg x berapa nak sisa tu. *nota pun x buka lagi*

Marilah aku bercerita pasal next trip iaitu Bukit Tinggi, Pahang. Walaupun trip kali ni luar daripada kawasan jajahan mak nom aku, tapi pergi x sampai satu hari je! Kalau dah namanya duduk dekat dengan sempadan, baik kita jejak sekali sekala. Gerak dari Puncak Alam pukul 12pm. Balik Puncak Alam pukul 5pm! Hebt betul aku ni, berjalan-jalan hanya beberapa jam. Ni lagi satu perkara pelik. Jarang berlaku macam ni.

Lepas balik kampung raya lepas (simpan buat pekasam jap cerita ni), satu perkara gila telah aku lakukan. Mana taknya, on the way balik dari kampung, aku bosan-bosan drive, nampak signboard 'GENTING HIGHLAND', terus tergerak hati nak ke Bukit Tinggi. Sebenarnya, aku masih mencari apa kaitan Genting Highland dengan Bukit Tinggi-__________-'
Teruslah text papan boroi kesayangan,
'You, I dah nak sampai palam. Kita pergi Bukit Tinggi, Pahang, okay. Geraklah dari rumah sekarang. Nanti lambat gerak, lambat balik. byeee'

Agaknya, papan boroi aku ni macam faham-faham je aku nak buat kerja yang tak berapa nak gila. Pukul 11am kitorang gerak dari Puncak Alam & sampai ke destinasi dalam pukul 12pm. 1 jam perjalanan sahaja ye anak-anak. Kat Bukit Tinggi ni ada macam-macam. Macam Japanese Tea House, Colmar Tropical and tempat binatang-binatang (mini zoo).

Sebelum masuk, kengkorang semua kena bayar dulu
Colmar Tropipcal+Japanese Tea House, Horse Riding, Extreme Park 
- Dewasa : RM12
- Kanan-kanak : RM8
Mini Zoo
-RM3/entry

Tempat pertama yang dituju ialah Japanese Tea House,
Korang boleh menikmati suasana di taman Jepun. Kat sini juga korang boleh sewa Kimono & ambil-ambil gambar dengan Kimono tu. Sewa Kimono kalau x silap RM24. Tapi disebabkan aku ni bawa duit pun sikitkan, lain kali je lah sewa Kimono tu.


Apek cina mana mali? mau pigi mana? Papan Boroi dah mula perangai gila dia ni. Yang ni x cukup gila lagi sebenarnya. So, ni kat salah satu rumah jepun. Rumah jepun versi Malaysia ye. Bila korang duduk dalam rumah tu, boleh lah aca-aca berada kat Jepun kan. X yah susah korang berhabis duit pi Jepun. 



Main entrance Japanese Tea House. Main entrance ke? aku hentam kromos je tau. Seang cakap pintu gerbang waktu korang mula-mula masuk kawasan Jepun ni. Nampak sangat aku ni makan banyak time raya.



Dah penat berangan, dah penat berjalan.. Moh le kita ke Colmar Tropical. Colmar ni berasakan bangunan-banguna di France. So, next berangan is percutian di France bersama yang tersayang.. erk. puuuuuiiii.. Tapi memang bangunan dia ala-ala bangunan-bangunan di France. Basically, it is a hotel and ada beberapa restoran/cafe, kedai, game stalls kat bahagian lobi hotel. Lepas tu ada kolam tecik tinonet utk Swan. 

Ni main entrance utk Colmar. Korang kena lalu atas jambatan which is ada kolam Swan bawah tu. Lepas tu akan disambut oleh dua ekor kuda batu yang gorgeous! Lepas tu korang akan lost dengan keseronokan tersendiri. hiks!





Lepas solat zohor, kitorang makan kejap dekat one of the bakery shop. Akibat terlampau lapar, x sempat nak ambil gambar. MAsing-masing pelahap.Teruk betul perangai.. ish ish ish.
Next destination is ANIMAL PLANET! okay.. tu hanya hyperbola!


BURUKNYA MUKA PAPAN AKU NI! adoi adoi adoi.. perangai siapalah dia ikut ni. Mau terkejut arnab tu tengok muka dia. X pasal-pasal kena heart attack! Bhahahahahahahahah!!!



Maaflah..saat-saat tengah ghairah tengok bitbit yang comel-comel ni, duduk pun dah x serupa gadis melayu terakhir. Ni mau kena reject dengan mak mertua.


Aku & papan tak tau apa yang 2 ekor arnab tu cuba lakukan depan kami. Aksi-aksi panas dibuat depan public. Nak kena tangkap khalwat ke cik bitbit oiii.. Public ni. Ye pun nak buat, cari tempat tersorok ek. ek.


Do a deer, a female deer. Excited mak nak bagi deer ni makan! 

Hello awak yang comel, nak naik atas awak boleh? eh, maaflah. Saya ni lebih muatan pulak. Kita ambil gambar je ek. Nanti patah pulak tulang belakang awak. Keldai ada tulang belakang ke?


Jadi, setelah penat bercekerama dengan binatang-binatang yang super duper comel & yang pasti aku rasa nak cium semua sekali. Tapi disebabkan takut kena marah dgn incik papan, ku biarkan saja angan-angan ku seperti sang puteri yang cium semua binatang di sungai yang mengalir deras. Sebelum aku merepek panjang lebar & petang ni ada paper exam.. maka ku undurkan diri. 

-1 Oktober 2013-
Assalamualaikum:)


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)