Wednesday, September 11, 2013

Rampas

Pedihnya hati Tuhan saja yang tau.
betapa kejamnya aku.
Ya Tuhan, maafkan hambaMU,
wahai teman, maafkan aku.
Sungguh aku berani mati, merendah menurunkan egois aku.
Hanya kerana tak mau hubungan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu,
putus.
Tapi.. aku sendiri yang mengalir.
aku sendiri yang tersakiti.

Aku sedar bukan baru sekarang,
sudah lama.
Sejak sekian lamanya.
Ego aku membataskan segalanya.
Takut, gusar, risau..
menghantui aku. menjadi bayang-bayang gelap dalam hidup aku.
Aku nekad, aku juga manusia. bukan malaikat. bukan rasul
Aku buat silap. kekhilafan menjadi sebati dalam hidup bergelar manusia.

Mungkin kisah setahun lalu, aku tak sedar.
Tapi aku memerhati, melihat, memahami.
Kau sedih, aku turut sedih.
Kau terluka, aku turut terasa luka itu.
Sekali lagi. Ego.
Itu yang membataskan segalanya.

Mungkin engkau anggap aku perampas.
Ya, aku perampas.
Aku merampas hati itu dari engkau.
Tapi hati itu milik Allah.
Kasih & sayang, Allah yang beri.
Aku bukan malaikat, aku bukan nabi. aku bukan rasul.

Ya, Tuhan Maha Adil.
Dirampasnya dari engkau, diberinya pada aku.
Mahu mengajar kita berdua.
Rasa nikmat disakiti, rasa nikmat dilukakan, rasa nikmat berkasih sayang, rasa nikmat persahabatan, rasa nikmat hancurnya hubungan suci itu.

Terima kasih kawan,
kau sedarkan aku.
kau buka mata aku.

Terima kasih kawan.
kata-katamu bagaikan mengejek aku sendiri.
'padan muka'
'engkau rampas, engkau terima balasannya'

Aku sedih. Ya.
Tapi aku kuat. Aku bukan perempuan lemah.
Aku tahu kekuatan aku. Aku tahu Tuhan Maha Adil.


Ikhlas,
kawanmu, musuhmu.


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

No comments: