Monday, September 23, 2013

Exam, bukan sekadar exam.

Bila dah busy cenggini barulah nak upehdate belog ni. Waktu lapang tak nak pulok. Ni dah gaya release stress + bosan dgn kehidupan sekarang. puiiii.
Last few weeks, banyak sangat benda jadi. Rasa nak lari-lari satu puncak alam, jerit-jerit macam onggile. mwehehehehe. Kadang-kadang terpikiaq, acano lah budak-budak medic ni boleh survive. Aku yang duk tenung belajar Physiotherapy (diploma je pulak tu) pun dah macam nakharooomm. Semput den dibuatnya. Memang adalah beberapa malam yang aku semput sampai kena ambil inhaler-___-'
Itu lah.. kalau dah hujung-hujung semester ni. bernafas pun x sempat den raso. Dengan report program nya, dengan test, study, assignment yg diberi last minute oleh lecturer, project.. lepas tu boleh pulak lecturer kitorg ni kahwin hujung-hujung semester ni. adoi~

Well, Alhamdulillah.. sebelum final exam menjelma, test, presentation, assignment and project semua dah settle. Tapi, laporan and minit mesyuarat x settle lagi. Nak menangis rasanya! Maka, ku tolak dahulu segala laporan dan minit mesyuarat ke tepi dahulu. Lepas exam baru aku siapkan.

Bermulalah kisah kami dengan project peadiatrics which is playground project! Maka, masing-masing menyibukkan diri nak siapkan project ni. Penat gak lah nak kena fikir macam-macam. Nasib baik tenaga kerja ramai.


tengok ziha tu. busy dengan bisness top up le tu. Orang lain busy mengecat, dia busy benda lain. XD

jejaka tampan idaman malaya kekitorg. Boleh diharap. Ada sapa-sapa nak ambil jadi calon menantu?

Inclined on the go! Reuse papan meja belajar adek aku. Berguna juga. Nampak kusyen sofa belakang tu? Tu pun kusyen sofa dari rumah aku. Bangkunya kitorg campak ke mana-mena ntah. Hahahah!

This is the playground! Tak lah playground mana. Macam circuit something something.

WELCOME TO THE FAR FAR AWAY KINGDOM KIDS!
Belakang aku ni ialah tunnel castle. Habis kitorg kena marah dengan Puan Normah (Pembantu Makmal) sebab stapler kain kat plinth dia! maaf kak nom! neng neng neng..


Tak habis di situ lagi. Kitorg ada assignment+presentation+booklet subject musculoskeletal. Wajah-wajah dibawah ni, gerupmate kita tau. comel kan? Termasuk anak teruna yang agak-boleh-diharap kat belakang tu. Maaf azeri, terkutuk kau dalam blog aku. maaf!

 

Tak habis lagi.. Ada lagi. Presentation EBP lak. EBP? Amende tu mek? EBP tu ialah Evidence Based Practice. Korang belajar acane nak cari evidence based utk research and assignment dengan betul. Ini pun jadi subject kitorang tau-.- Gambar bawah ni gerupmate EBP. Lebih kurang jek gerupmate aku ni. Orang yang sama setiap sem. Mesti kitoeg berempat gerup sesama. Aku, Asilah, Bee and Lala. Buddyz, x kan terpisah lah konon.. puuuiii.

Lepas tu lepas tu, kitorang dipanggil untuk jadi 'JURULATIH' aerobic. Tak lah jurulatih pun. Kitorang kena conduct aerobic utk Kelab Gim & Aerobik asasi. Semester ni, memang produktif jugalah hidup aku.


Kehidupan kami bertambah ceria dengan kedatangan adik-adik comel daripada PDK Saujana Utama. Most of them ni developmental delay. Lebih dikenali as special kids. Ada yang syndrome down, cerebral palsy dan byk lagi kalau nak disebut satu per satu. Gambar bawah ni kitorang dengan Dina.Adorable sangat dia ni. Rasa nak cium peluk-peluk je! heh! dah pun! heheheheh..


Yang ni pulak Aida. Dia suka sangat peluk orang:') Dah peluk dia puas-puas. Lepas tu dia bagi kiss (tapi macam jilat). Terharu den. Nak nangis! Boleh kahwin dah aku ni rupenya. eh? tetiba.


So, setakat ini lah kot aktiviti hujung-hujung semester ni. Dan sebenarnya.. banyak lagi. Tapi hmmm... MAsa yang diperuntukkan sikit sangat. Nak study pulak. zzzzzzzzzzzzzzz....









Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)