Monday, September 23, 2013

Exam, bukan sekadar exam.

Bila dah busy cenggini barulah nak upehdate belog ni. Waktu lapang tak nak pulok. Ni dah gaya release stress + bosan dgn kehidupan sekarang. puiiii.
Last few weeks, banyak sangat benda jadi. Rasa nak lari-lari satu puncak alam, jerit-jerit macam onggile. mwehehehehe. Kadang-kadang terpikiaq, acano lah budak-budak medic ni boleh survive. Aku yang duk tenung belajar Physiotherapy (diploma je pulak tu) pun dah macam nakharooomm. Semput den dibuatnya. Memang adalah beberapa malam yang aku semput sampai kena ambil inhaler-___-'
Itu lah.. kalau dah hujung-hujung semester ni. bernafas pun x sempat den raso. Dengan report program nya, dengan test, study, assignment yg diberi last minute oleh lecturer, project.. lepas tu boleh pulak lecturer kitorg ni kahwin hujung-hujung semester ni. adoi~

Well, Alhamdulillah.. sebelum final exam menjelma, test, presentation, assignment and project semua dah settle. Tapi, laporan and minit mesyuarat x settle lagi. Nak menangis rasanya! Maka, ku tolak dahulu segala laporan dan minit mesyuarat ke tepi dahulu. Lepas exam baru aku siapkan.

Bermulalah kisah kami dengan project peadiatrics which is playground project! Maka, masing-masing menyibukkan diri nak siapkan project ni. Penat gak lah nak kena fikir macam-macam. Nasib baik tenaga kerja ramai.


tengok ziha tu. busy dengan bisness top up le tu. Orang lain busy mengecat, dia busy benda lain. XD

jejaka tampan idaman malaya kekitorg. Boleh diharap. Ada sapa-sapa nak ambil jadi calon menantu?

Inclined on the go! Reuse papan meja belajar adek aku. Berguna juga. Nampak kusyen sofa belakang tu? Tu pun kusyen sofa dari rumah aku. Bangkunya kitorg campak ke mana-mena ntah. Hahahah!

This is the playground! Tak lah playground mana. Macam circuit something something.

WELCOME TO THE FAR FAR AWAY KINGDOM KIDS!
Belakang aku ni ialah tunnel castle. Habis kitorg kena marah dengan Puan Normah (Pembantu Makmal) sebab stapler kain kat plinth dia! maaf kak nom! neng neng neng..


Tak habis di situ lagi. Kitorg ada assignment+presentation+booklet subject musculoskeletal. Wajah-wajah dibawah ni, gerupmate kita tau. comel kan? Termasuk anak teruna yang agak-boleh-diharap kat belakang tu. Maaf azeri, terkutuk kau dalam blog aku. maaf!

 

Tak habis lagi.. Ada lagi. Presentation EBP lak. EBP? Amende tu mek? EBP tu ialah Evidence Based Practice. Korang belajar acane nak cari evidence based utk research and assignment dengan betul. Ini pun jadi subject kitorang tau-.- Gambar bawah ni gerupmate EBP. Lebih kurang jek gerupmate aku ni. Orang yang sama setiap sem. Mesti kitoeg berempat gerup sesama. Aku, Asilah, Bee and Lala. Buddyz, x kan terpisah lah konon.. puuuiii.

Lepas tu lepas tu, kitorang dipanggil untuk jadi 'JURULATIH' aerobic. Tak lah jurulatih pun. Kitorang kena conduct aerobic utk Kelab Gim & Aerobik asasi. Semester ni, memang produktif jugalah hidup aku.


Kehidupan kami bertambah ceria dengan kedatangan adik-adik comel daripada PDK Saujana Utama. Most of them ni developmental delay. Lebih dikenali as special kids. Ada yang syndrome down, cerebral palsy dan byk lagi kalau nak disebut satu per satu. Gambar bawah ni kitorang dengan Dina.Adorable sangat dia ni. Rasa nak cium peluk-peluk je! heh! dah pun! heheheheh..


Yang ni pulak Aida. Dia suka sangat peluk orang:') Dah peluk dia puas-puas. Lepas tu dia bagi kiss (tapi macam jilat). Terharu den. Nak nangis! Boleh kahwin dah aku ni rupenya. eh? tetiba.


So, setakat ini lah kot aktiviti hujung-hujung semester ni. Dan sebenarnya.. banyak lagi. Tapi hmmm... MAsa yang diperuntukkan sikit sangat. Nak study pulak. zzzzzzzzzzzzzzz....









Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Sunday, September 15, 2013

Trip To Kuantan

Kali ni nak bercerita pasal trip jek. Takde maknonyoo trip. Setakat jalan-jalan dalam Malaysia je lah. Den ni mana mampu nak holiday luar negaro! Belajar lagi kan. so, pandai-pandai save the budget. *tak sedar diri yang dah nak exam*. For the first trip after raya hari tu ialah Kuantan, Pahang. Memang Kuantan tak ada apa tapi teringin sangat nak tengok Kuantan. Maka si badan kecik comel ni pergilah ikut kawannya, Wan Asyilah W.Zaid aka Lala balik ke kampung halamannya di Kuantan. *tiket bas boleh tahan mahalnya!*


dalam bas sani yang agak macam siput. Lain kali jangan naik Sani ye walaupun 'Berhati-hati Di Jalan Raya'. Kematu punggung ang!!


Overall, takde kemana ye mak nom sekalian. Si lala ni bawa jalan-jalan shopping mall and Telok Cempedak jek! Lain kali kena paksa dia bawa pergi pantai-pantai or tempat bersejarah or museum. Aku ni kan peminat tegar pantai, air terjun, tempat bersejarah & pameran2 ni semua.

tempat pertama dituju. Berjaya Mall. Moga terus berjaya lah ye Berjaya Mall!
shopping, makan sushi and tengok wayang

Hari kedua pergi beraya rumah kawan lala.

Last day ke Telok Cempedak. Dah petang baru nak pergi ye anak-anak

kawan kepada adik. Curi dia dari KPTM

akak comel buat henna kat tangan kita and lala! wooooo.. suka2!

selfie. telok cempedak with love<3


Bukan setakat itu sahaja, kita and lala siap masak-masak lagi kat rumah & beraya sakan! makan banyak bak ang! Boleh gemok makan je kejenya..

pancake pelbagai bentuk. 

Bukan setakat pancake. Kitorg sempat buat ice cream goreng, chocolate cake and puding roti. Boleh kahwin dah kitorg ni. wuwuuuuuuuu~





NEXT TRIP------> BUKIT TINGGI, PAHANG!



Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Wednesday, September 11, 2013

Rampas

Pedihnya hati Tuhan saja yang tau.
betapa kejamnya aku.
Ya Tuhan, maafkan hambaMU,
wahai teman, maafkan aku.
Sungguh aku berani mati, merendah menurunkan egois aku.
Hanya kerana tak mau hubungan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu,
putus.
Tapi.. aku sendiri yang mengalir.
aku sendiri yang tersakiti.

Aku sedar bukan baru sekarang,
sudah lama.
Sejak sekian lamanya.
Ego aku membataskan segalanya.
Takut, gusar, risau..
menghantui aku. menjadi bayang-bayang gelap dalam hidup aku.
Aku nekad, aku juga manusia. bukan malaikat. bukan rasul
Aku buat silap. kekhilafan menjadi sebati dalam hidup bergelar manusia.

Mungkin kisah setahun lalu, aku tak sedar.
Tapi aku memerhati, melihat, memahami.
Kau sedih, aku turut sedih.
Kau terluka, aku turut terasa luka itu.
Sekali lagi. Ego.
Itu yang membataskan segalanya.

Mungkin engkau anggap aku perampas.
Ya, aku perampas.
Aku merampas hati itu dari engkau.
Tapi hati itu milik Allah.
Kasih & sayang, Allah yang beri.
Aku bukan malaikat, aku bukan nabi. aku bukan rasul.

Ya, Tuhan Maha Adil.
Dirampasnya dari engkau, diberinya pada aku.
Mahu mengajar kita berdua.
Rasa nikmat disakiti, rasa nikmat dilukakan, rasa nikmat berkasih sayang, rasa nikmat persahabatan, rasa nikmat hancurnya hubungan suci itu.

Terima kasih kawan,
kau sedarkan aku.
kau buka mata aku.

Terima kasih kawan.
kata-katamu bagaikan mengejek aku sendiri.
'padan muka'
'engkau rampas, engkau terima balasannya'

Aku sedih. Ya.
Tapi aku kuat. Aku bukan perempuan lemah.
Aku tahu kekuatan aku. Aku tahu Tuhan Maha Adil.


Ikhlas,
kawanmu, musuhmu.


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)