Tuesday, April 9, 2013

Unty Vogue

Enteri kali ni ditujukan khas buat anak-anak daku+hubby yg tomei2.. dan sebagai balas dendam dgn entry cik papan! *evil laugh* Aku pulak yang dah terkena Final Exam Syndrome. Kuangjaq syu hantar syndrome merepek kat aku! cissss..

Anak-anak bonda yang bonda amat sayangi,
Zaman bonda belajar, zaman universiti bodan, bonda rapat dengan beberapa minah yang bolehlahlah. (Habis lah kengkorang semua esp papan!) Mari mulakan penjelajahan kehidupan unty2 korang yang x berapa senonoh ni.


tetiba si pondan belakang kekitorang. hiks. maaf abg shukXD

i know, im the cutest! 


Wan Nur Hidayah Binti Wan Marzuki (beside me), Si Panda comel yang x berapa comel. orang key-el yg tak berapa nak key-el. Kakak pengawas yang over garangnya sampai sekarang di SM Sains Selangor. Kenal sewaktu berasmaradana dengan MDS. Gayanya ala ala mak orang gitewww. Kalau marah macam nak makan dinasour 10 ekor. Kalau gelak kalah perempuan melayu terakhir. Walaupun garangnya tahap devil, dah kata pun macam mak mak kan.. hati lembut bak sutera buruk tu tentulah ada. Kadang2 tu rasa macam siapa mak aku sebenarnya ni. haaaaaa...gitewww. Special about dayah is.. PUDING ROTI yang nyum nyum sampai jilat jari ibu kaki dayah. eh? tak tak tak.. Terangkat gua!

Siti Mashasanah Binti Munsir(purple), Si Mentadak yang banyak mulut. Nama pun dah macam jawo toktok, tentulah orang jawo Batu Pahat. Tapi tak sejawo atok aku kat Parit Jawa. Kampung kampung tu dah sebati sejiwa dengan cik mas sorang ni. Awal-awal kenal dulu, ayat pertama aku, 'mak aiiiii kepoh bak ang!' Kalau boleh nak jauhkan diri daripada cik mas ni haaa.. tapi dah jodoh bersama-sama.. melekat gak dengan makcik sorang ni. Yang ni, tahap garangnya melampau sikit. Tahap gelaknya macam devil. Sekali cakap, internal and external bleeding. Agak-agak boleh terkesima dengar tomahan minah ni. haaaaa...ada berani?

NurAin binti Noor Azmi(sebelah mas). Si Kambing belaan yang busukMinah sorang ni start rapat sejak sem 3. Lagi-lagi bila dah masuk SMF. Bagai pinang digam gajahkan, tak nak terpisah. Muka innocent tapi sekali bersuara..kau gelak sampai semput. Agak2, dah boleh korek lubang kubur sendiri sebelum ain mula bersuara. okay ain. aku melawak hambar jek. Tukang troll terhebat! Sediam-diam ain azmi ni, kalau bab troll orang, berdekak sampai keluar usus perut! Macam.. "AIN KE NI?" haaaa... Muka innocent tapi.... *silalah sambung sendiri*. Kebaikan ain ni x usah dibilang sama gua. Banyak sangat jasa dia sama gua. tak terbilang gua! Paling best pasal ain, dia tak berkira. "Teman sejati katanya"

Syuhadatul Ashikin Binti Borhan(sebelah ain), Si Hamster yang papan. Jiran sobolah taman den jo. Kenal melalui dayah dan ahkak hempipi kekitorang yang exaggerated.Suka usha lelaki yang berumur. Mohon jangan kahwin dengan suami orang ye kak. Cakap orang heartless, dia pun heartless. Lagi teruk daripada aku rasanya heartless minah ni. Jantina masih perempuan tapi hati serupa lelaki. Kalau aku ada anak, mmg aku tak bagi anak aku dduk dengan minah ni. Habis heartless anak aku nnti-.-' WHAAAA!! tak mau! Walaupun berjiwa heartless, bab cintan cintun..MENITIK AIR MATA GUA! Siapa mahu try ini minah, sila fikir banyak kali. 'Orang yang suka dia, dia takkan suka balik. Orang yang tak suka dia, dia akan suka' WAH! dah macam prinsip hidup giteeeewww!


Wahai sisters yang semua 'cantik & ayu', kengkoranglah ohsem, jiwa, limpa, hati, paru2, jantung gua! Put Loves you ollss! meh kiss sikit! memuuuuuaaahhh!!!!






TERASA AYU APABILA BERSAMA KENGKORANG NIXD hiks!
xoxo, puteri aqiliah:)





Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Thursday, April 4, 2013

Kalau Sudah Tertulis

April already dan aku semakin kemalasan untuk update blog. Gua busy skarg ni! Busy bangat bak ang..
Well, apabila usia sudah meningkat (aku muda lagi), makin complicated hidup walaupun bendanya siput siput cinonet. Kalau sudah tertulis.. It's about Jodoh. Kalau umur kengkorang di menginjak 20-an, bab kahwin ni dah semacam sebati. 

1. Surprised News
I got a very surprise news from my lil sister, Una.. Really shocked me! Ada orang mahu menyunting bunga di laman rumah daku. Nak sunting sapa lagi kalau bukan aku paling tua dalam adik-beradik besar aku tu.. Terkejut mak yeh! Terberak aku *oohhh Puteri Aqiliah, senonoh sikit sayang*. Pada awalnya, agak serabut aku fikir. Tapi, aku ketepikan dulu berita sensasi itu. Selagi, Si Teruna itu tidak datang ke rumah & bercakap sendiri dengan umi & abah, aku x nak ambil kisah! Bukan ambil mudah tapi tak mahu serabut kepala otak yang dah serabut dengan nota-nota subjects this sem. Maka kehidupan gembira seperti asal:)

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.” (Surah Toha, 39)


2. Janji Setia Hujung Nyawa
Ni lagi parah apabila kegilaan saya, Mohammad Amirul meminta utk berjanji stay dgn dia forever. Kiranya kahwin dgn dia n spend the rest of my life with him. Bukan tidak mahu berjanji, Takut janji makan tuan. I don't want to hurt anybody and put a lot of hopes. Banyak kali juga kekitorg bersembang pasal ni & kadang-kadang boleh bawa gaduh. Mungkin tidak perlu letak janji tetapi yakin dengan pasangan masing-masing dan minta pada-NYA supaya berkekalan sampai bila-bila. gitewwww...

3. Mengharap & Menunggu
After habis paper Acute Care (tgh final exam okay), petang-petang sikit barulah berangkat pulang ke rumahku syurgaku dan ditumpangi sister, Syuhadatul Ashikin ataupun cik papan atau Cik Eton. Okay.. banyak perkara yang kami borak. Antaranya mengharap & menunggu. Mengharap boleh, tetapi jagan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. MAcam saya cakap kat atas, YAKIN! YAKIN! YAKIN!
Menunggu. Tidak salah juga untuk menunggu. Bagus juga kerana kita tidak tahu apa akan jadi.. tapi kalau tunggu tanpa usaha, tak jadi juga kan. Sambil menunggu utk apa jua.. cuba approach sedikit-sedkit. Mungkin nampak macam

'Aku perempuan, malulah. nampak sangat macam terdesak'

NO! Salah tu.. Tidak kira lelaki atau perempuan. Mentaliti begitu perlu dibuang. Keberanian mesti ada utk approach.. at least, bertanya khabar. Paling penting berdoa:)



Tidak perlu khuatir, minta pada Allah SWT, mohon padaNYA.
Kalau dah jodoh, tak ke mana. iye dok? 





Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)