Sunday, December 1, 2013

Grow Up

Assalamualaikum and hello people!

Sedar tak sedar dah masuk fasa 20-an. Boleh dah lah join akak-akak matang cerita bab kahwin. Hehehehehehe:D Biasalah, bila mana korang duduk rumah dah gaya macam mak-mak orang. Kena kemas rumah, basuh baju, masak, terasa macam dah boleh kahwin (Padahal dari kecik aku memang dah disuruh buat kerja rumah).

Waktu zaman tak matang dulu (zaman sekolah ye nokk), aku ni kira suka membantah, pemalas tahap tak hengat dunia & paling penting aku nak berkepit dengan kawan 24 jam kalau boleh. Kengkonon 'FRIENDS FIRST'. Tapi aku ni xde boyfriend. Serious! Tak pernah ada boyfriend zaman sekolah dulu. Masuk universiti baru aku menggedik macam lintah nak ada boypreng ni. hiks. hiks. *Rasa nak kaki kat diri sendiri*

A few years kat UiTM Palam, aku realized something. I need to be matured. No. The surrounding and what had happened to me from semester 1 until now really turned me 360 degree. Kekdahnya nak cakap kat sini, aku ni lebih berhati-hati dan lebih panjang akalnya.

Here, a few things that really make me think wise :


1. Friends First to Family First
Zaman sekola, zaman 'UP'.. aku sempat rasa duduk sekolah harian. Kena stay back dan for sure berkepit dengan kawan dari pagi sampai ke petang dan kadang-kala ke malam (kekonon kau lah segalanya dalam hidup aku. Lepas tu semua hilang dah tamat sekolah). Hubungan dengan family tu macam kurang sikit (derhaka sungguh aku ni). Tapi bila aku dah masuk universiti. Dah nak habis belajar pun, barulah aku sedar yang family merupakan keutamaan. Sekarang barulah aku boleh bersembang galak punya dengan umi & abah. Kalau tetiba lapar & teringin makan kat rumah, aku sanggup drive Selayang-Nilai semata-mata nak lepaskan rindu kat rumah. Nasib baik jarak Selayang-Nilai tak macam Perlis-Sabah. Kalau tak mau aku nyanyi lagu rindu-rinduan sensorang dalam bilik sambil makan maggi. huhuhuhuhuhu... 

Korang semua patut sedar yang family especially parents sanggup buat apa sahaja for the sake of korang punya happiness. Walaupun mak pak korang tak mampu bagi mini cooper sekurang-kurangnya, diorang mampu curahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh sampai mencurah-curah tak cukup baldi. Jadi, kawan-kawan yang dah hampir masuk alam kahwin tapi macam kanak-kanak ribena (aku lah tu antaranya), moh leh kita sedarkan diri kita yang keutamaan kita adalah keluarga kita sendiri. Without our parents, we're nothing. 



2. Kemahuan To Keperluan
This is a very-very-very-crucial-things-ever! Bila dah makin membesar, kadang kala tu rasa pening mana satu kemahuan & mana satu keperluan. Kalau banyak duit, semua aku dah beli. Ni masalahnya, aku buka purse, resit lagi banyak daripada duit. Kiranya sekarang, aku kena lebih berjimat cermat. Nak beli something mesti fikir dekat 10x. Kalau betul nak beli, aku kena buka balik bajet 2013 aku. ceeeihhh.. mana pernah aku ada bajet sendiri. Main tibai jek. Tapi sekarang ni kena buat monthly budget. Kalau tak pokak aku. Pernah jadi one day, aku tetiba nak balik Nilai. Padahal dah habaq mai kat umi yang aku x balik. Alih-alih aku balik.

Umi : Bila kakak sampai? Kenapa tiba-tiba balik
Aku : Baru je sampai. Lapar. *Sambil menjilat jari, baru lepas makan nasi*
Umi : Ya Allah.. bertuah punya budak. Umi baru ingat nak masukkan duit petang ni
Aku : X yah lah. kakak dah balik ni. Hehehehehehe. Duit dah habis *buat muka comel*
Umi : *gelak macam aku buat kelakar tahap 300000 giga*

Memang betul. Nasib baik minyak and touch & go ada sikit lagi. Cukup-cukup untuk balik Nilai. Kalau tak kebulur aku kat Selayang tu. Teruk punya perangai. Since that day, aku buat weekly budget lak. Nak minta duit lebih-lebih kat umi and abah memang segan nak mati lah wei. Cepat lah aku kerja, nak bayar balik semua duit yang aku dah pakai kat umi and abah;(

Hidup makin susah lorh.. Kalau korang anak kaya, x pe lah kot nak beli macam-macam. Tapi kalau korang perasan-anak-orang-kaya, silalah beringat. One said 'Ukur baju di badan sendiri'. Biar bersederhana jangan papan kendana. peace yo!



3. Sedentary lifestyle to Healthy lifestyle
Well, makin tua, makin x sihat. Tak mau lah macam tu. Aku nak makin banyak umur, makin nampak muda.
Sekarng ni, tiap-tiap hari lah aku exercise kat gym physio. I've read one article and it said that when we do exercise, we will look younger.

Kalau korang nak cepat tua, x yah lah exercise.



So, ini sajalah yang dapat aku share. Fikir-fikirkan & selamat beramal~





Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Saturday, November 9, 2013

Selongkar Yang Tidak Dijangka

Assalamualaikum wbt and hello people!

wow...!! Dah lama sangat tak update belog yang sangat bersawang ni. Nak nangis sebab macam dah tak ada masa sangat nak bebel panjang-panjang. Status kini : sedang menjalani latihan klinikal di Jabatan Fisioterapi, Hospital Selayang.ye anak-anak.. HOSPITAL SELAYANG!

Vas? Vas? Hospital Selayang? So, you always meet Dr Muszaphar Shukor and his wife, Dr. Halina?

Memang tak lah bro and girls. Aku ni terperuk menghadap patient kat jabatan and ward-ward tertentu. Agak-agak tersermpak, nanti aku make-up tebal-tebal pi ambik gambar dengan beliau berdua ye. heheheheheheheh:)

Marilah memulakan ceritera 'Selongkar Yang Tidak Dijangka'

Beberapa minggu yang lalu, ramai juga sedara mara aku belah Johor datang rumah. Well, actually ada wedding kat Titiwangsa. Banglo ceruk mana ntah mak pak aku bawa. Wedding dua pupu yang aku rasa macam jarang jumpa. macam kenal tak kenal je. Tak apalah. Hiraukan. The wedding is quite awesome sebab dua pupu aku tu kahwin dengan anak dara dato' mana ntah. Tapi macam orang-orang politik. Siap pengantin diarak naik Bentley extended version jadi limousine. Siap ada caterer pak engku. Caterer Pak Engku ye. Caterer time Dato' Siti kahwin tu tapi the food kurang yummy. Suka hati aku je kutuk makanan orang. Macam aku masak sedap. mwehehehhehehe.. Food Lover kan. Of course lah aku rasa setiap makanan and komen bla bla bla bla. Sampai dah balik rumah pun aku complaint the food x sedap. Itu x sedaplah. Itu sedaplah. Itu tak berapa masak sangat lah. Macam-macam lah.. Bab makanan ni aku very particular with the taste. Kalau tak sedap, mmg aku cakap x sedap. hahahahah!

okay okay. Lupakan pasal food and the wedding sebentar. Nak dijadikan cerita, tengah aku mencari tempat duduk, alih-alih nampak seseorang yang sangat-sangat aku kenali. Nak tegur macam takut tapi kalau tak tegur menyesal lak. Dengan beraninya, aku pun tegur lah.

Me : Izwan!
Izwan : eh? huh? eh! Puteri! 
Me : Woi! buat apa kat sini?
Izwan : Wedding anak cousin bapak aku.
Me : heh?????

Punyalah x puas hati. Aku duk tanyalah si Izwan ni macam-macam. Kesian dia. Siap aku eknalkan bapak dia kat abah, atok, umi n mak long. Atok tanyalah macam-macam kat bapak si Izwan ni. Rupa-rupanya orang kampung atok aku n sedara kitorang juga. Cuma agak jauh. Kalau diikutkan, abah and bapak izwan tu dua pupu. Aku n Izwan and pengantin lelaki tu pun sepupu sepapat gak lah. Unbelievable! Unbelievable!

Who is Izwan?

Izwan is my room mate's boyfriend. Azilah Aziz.


Inilah room mate kesayangan kita. Bukan setakat room mate. My classmate, coursemate, groupmate, bedmate. soulmate. segalam macam mate! Kitorg sentiasa bersama since semester 1. Kiranya dah 3 tahun kitorg kenal and rapat.  I Love You Azilah Aziz:*
Ni je yang mampu aku cari. Susah sangat nak cari gambar diorang berdua jek. Acah-acah private lah. hiks. sweet je diorg ni. Izwan yang gambar bawah tu ye. Makluman : Tu zaman izwan kurus. sekarang dah demok bam bam. Maaf izwan! maaf!

Terkejut! Serious terkejut! Dah 3 tahun diorg ni bersama and dah 3 tahun juga aku kenal room mate kesayangan ni. Barulah dapat tau yang aku ni sedara dengan izwan. Kecik aiiihh dunia. Sebab tu lah kesayangan kita yang sorang ni, Azilah Aziz, duk rindu2 kan kita. Kita pun duk rindu-rindukan dia. Buah hati pengarang jantung dia sedara kita. 

Buat room mate yang disayangi, 
Cepat-cepatlah kahwin dengan Izwan. Tak sabar nak jadi sedara awak! Tak sabar! Tak sabar! hehehehe :D Semoga jodoh korang panjang sebab nak sangat merasa awak jadi sedara kita. Btw, rindu awak sangat-sangat room mate! Love you. muaaaaahhh :*

Masing-masing excited. Masing-masing terharu. Hope, this friendship will remain forever. Amin.. :)


Have a nice day ahead dear friends, readers and followers:)






Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Wednesday, October 2, 2013

The Beauty of Malacca


'LUAS PEMANDANGAN, LUASLAH ILMUNYA'

Siapa kata Melaka tak unik? Unik tau.. Walaupun bandar bersejarah ni antara bandar yang lama dan telah wujud sekian lamanya, tapi bandar ni lah yang mewarnai negeri Melaka. Banyak bangunan-bangunan lama yang masih teguh berdiri, cantik dan unik!



Aku teruja tengok 'pagar' kat tingkap tu.Sampai berangan nak buat rumah ada jendela macam tu!


Favorite place


Buildings tepi sungai


This is MELAKA!


Pak cik ni, suara dia mantap gilooooss! TERBAIK lah!


So, let's visit to MALACCA!

Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Tuesday, October 1, 2013

Trip: Bukit Tinggi, Pahang

Tengah musim final exam ni, rajik pulak aku nak menaip panjang-panjang, update blog. pelik ni. bukan aku ni. Tak pelah, next paper on 1st October. So, ada beberapa hari lagi utk aku habiskan sisa study aku yg x berapa nak sisa tu. *nota pun x buka lagi*

Marilah aku bercerita pasal next trip iaitu Bukit Tinggi, Pahang. Walaupun trip kali ni luar daripada kawasan jajahan mak nom aku, tapi pergi x sampai satu hari je! Kalau dah namanya duduk dekat dengan sempadan, baik kita jejak sekali sekala. Gerak dari Puncak Alam pukul 12pm. Balik Puncak Alam pukul 5pm! Hebt betul aku ni, berjalan-jalan hanya beberapa jam. Ni lagi satu perkara pelik. Jarang berlaku macam ni.

Lepas balik kampung raya lepas (simpan buat pekasam jap cerita ni), satu perkara gila telah aku lakukan. Mana taknya, on the way balik dari kampung, aku bosan-bosan drive, nampak signboard 'GENTING HIGHLAND', terus tergerak hati nak ke Bukit Tinggi. Sebenarnya, aku masih mencari apa kaitan Genting Highland dengan Bukit Tinggi-__________-'
Teruslah text papan boroi kesayangan,
'You, I dah nak sampai palam. Kita pergi Bukit Tinggi, Pahang, okay. Geraklah dari rumah sekarang. Nanti lambat gerak, lambat balik. byeee'

Agaknya, papan boroi aku ni macam faham-faham je aku nak buat kerja yang tak berapa nak gila. Pukul 11am kitorang gerak dari Puncak Alam & sampai ke destinasi dalam pukul 12pm. 1 jam perjalanan sahaja ye anak-anak. Kat Bukit Tinggi ni ada macam-macam. Macam Japanese Tea House, Colmar Tropical and tempat binatang-binatang (mini zoo).

Sebelum masuk, kengkorang semua kena bayar dulu
Colmar Tropipcal+Japanese Tea House, Horse Riding, Extreme Park 
- Dewasa : RM12
- Kanan-kanak : RM8
Mini Zoo
-RM3/entry

Tempat pertama yang dituju ialah Japanese Tea House,
Korang boleh menikmati suasana di taman Jepun. Kat sini juga korang boleh sewa Kimono & ambil-ambil gambar dengan Kimono tu. Sewa Kimono kalau x silap RM24. Tapi disebabkan aku ni bawa duit pun sikitkan, lain kali je lah sewa Kimono tu.


Apek cina mana mali? mau pigi mana? Papan Boroi dah mula perangai gila dia ni. Yang ni x cukup gila lagi sebenarnya. So, ni kat salah satu rumah jepun. Rumah jepun versi Malaysia ye. Bila korang duduk dalam rumah tu, boleh lah aca-aca berada kat Jepun kan. X yah susah korang berhabis duit pi Jepun. 



Main entrance Japanese Tea House. Main entrance ke? aku hentam kromos je tau. Seang cakap pintu gerbang waktu korang mula-mula masuk kawasan Jepun ni. Nampak sangat aku ni makan banyak time raya.



Dah penat berangan, dah penat berjalan.. Moh le kita ke Colmar Tropical. Colmar ni berasakan bangunan-banguna di France. So, next berangan is percutian di France bersama yang tersayang.. erk. puuuuuiiii.. Tapi memang bangunan dia ala-ala bangunan-bangunan di France. Basically, it is a hotel and ada beberapa restoran/cafe, kedai, game stalls kat bahagian lobi hotel. Lepas tu ada kolam tecik tinonet utk Swan. 

Ni main entrance utk Colmar. Korang kena lalu atas jambatan which is ada kolam Swan bawah tu. Lepas tu akan disambut oleh dua ekor kuda batu yang gorgeous! Lepas tu korang akan lost dengan keseronokan tersendiri. hiks!





Lepas solat zohor, kitorang makan kejap dekat one of the bakery shop. Akibat terlampau lapar, x sempat nak ambil gambar. MAsing-masing pelahap.Teruk betul perangai.. ish ish ish.
Next destination is ANIMAL PLANET! okay.. tu hanya hyperbola!


BURUKNYA MUKA PAPAN AKU NI! adoi adoi adoi.. perangai siapalah dia ikut ni. Mau terkejut arnab tu tengok muka dia. X pasal-pasal kena heart attack! Bhahahahahahahahah!!!



Maaflah..saat-saat tengah ghairah tengok bitbit yang comel-comel ni, duduk pun dah x serupa gadis melayu terakhir. Ni mau kena reject dengan mak mertua.


Aku & papan tak tau apa yang 2 ekor arnab tu cuba lakukan depan kami. Aksi-aksi panas dibuat depan public. Nak kena tangkap khalwat ke cik bitbit oiii.. Public ni. Ye pun nak buat, cari tempat tersorok ek. ek.


Do a deer, a female deer. Excited mak nak bagi deer ni makan! 

Hello awak yang comel, nak naik atas awak boleh? eh, maaflah. Saya ni lebih muatan pulak. Kita ambil gambar je ek. Nanti patah pulak tulang belakang awak. Keldai ada tulang belakang ke?


Jadi, setelah penat bercekerama dengan binatang-binatang yang super duper comel & yang pasti aku rasa nak cium semua sekali. Tapi disebabkan takut kena marah dgn incik papan, ku biarkan saja angan-angan ku seperti sang puteri yang cium semua binatang di sungai yang mengalir deras. Sebelum aku merepek panjang lebar & petang ni ada paper exam.. maka ku undurkan diri. 

-1 Oktober 2013-
Assalamualaikum:)


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Monday, September 23, 2013

Exam, bukan sekadar exam.

Bila dah busy cenggini barulah nak upehdate belog ni. Waktu lapang tak nak pulok. Ni dah gaya release stress + bosan dgn kehidupan sekarang. puiiii.
Last few weeks, banyak sangat benda jadi. Rasa nak lari-lari satu puncak alam, jerit-jerit macam onggile. mwehehehehe. Kadang-kadang terpikiaq, acano lah budak-budak medic ni boleh survive. Aku yang duk tenung belajar Physiotherapy (diploma je pulak tu) pun dah macam nakharooomm. Semput den dibuatnya. Memang adalah beberapa malam yang aku semput sampai kena ambil inhaler-___-'
Itu lah.. kalau dah hujung-hujung semester ni. bernafas pun x sempat den raso. Dengan report program nya, dengan test, study, assignment yg diberi last minute oleh lecturer, project.. lepas tu boleh pulak lecturer kitorg ni kahwin hujung-hujung semester ni. adoi~

Well, Alhamdulillah.. sebelum final exam menjelma, test, presentation, assignment and project semua dah settle. Tapi, laporan and minit mesyuarat x settle lagi. Nak menangis rasanya! Maka, ku tolak dahulu segala laporan dan minit mesyuarat ke tepi dahulu. Lepas exam baru aku siapkan.

Bermulalah kisah kami dengan project peadiatrics which is playground project! Maka, masing-masing menyibukkan diri nak siapkan project ni. Penat gak lah nak kena fikir macam-macam. Nasib baik tenaga kerja ramai.


tengok ziha tu. busy dengan bisness top up le tu. Orang lain busy mengecat, dia busy benda lain. XD

jejaka tampan idaman malaya kekitorg. Boleh diharap. Ada sapa-sapa nak ambil jadi calon menantu?

Inclined on the go! Reuse papan meja belajar adek aku. Berguna juga. Nampak kusyen sofa belakang tu? Tu pun kusyen sofa dari rumah aku. Bangkunya kitorg campak ke mana-mena ntah. Hahahah!

This is the playground! Tak lah playground mana. Macam circuit something something.

WELCOME TO THE FAR FAR AWAY KINGDOM KIDS!
Belakang aku ni ialah tunnel castle. Habis kitorg kena marah dengan Puan Normah (Pembantu Makmal) sebab stapler kain kat plinth dia! maaf kak nom! neng neng neng..


Tak habis di situ lagi. Kitorg ada assignment+presentation+booklet subject musculoskeletal. Wajah-wajah dibawah ni, gerupmate kita tau. comel kan? Termasuk anak teruna yang agak-boleh-diharap kat belakang tu. Maaf azeri, terkutuk kau dalam blog aku. maaf!

 

Tak habis lagi.. Ada lagi. Presentation EBP lak. EBP? Amende tu mek? EBP tu ialah Evidence Based Practice. Korang belajar acane nak cari evidence based utk research and assignment dengan betul. Ini pun jadi subject kitorang tau-.- Gambar bawah ni gerupmate EBP. Lebih kurang jek gerupmate aku ni. Orang yang sama setiap sem. Mesti kitoeg berempat gerup sesama. Aku, Asilah, Bee and Lala. Buddyz, x kan terpisah lah konon.. puuuiii.

Lepas tu lepas tu, kitorang dipanggil untuk jadi 'JURULATIH' aerobic. Tak lah jurulatih pun. Kitorang kena conduct aerobic utk Kelab Gim & Aerobik asasi. Semester ni, memang produktif jugalah hidup aku.


Kehidupan kami bertambah ceria dengan kedatangan adik-adik comel daripada PDK Saujana Utama. Most of them ni developmental delay. Lebih dikenali as special kids. Ada yang syndrome down, cerebral palsy dan byk lagi kalau nak disebut satu per satu. Gambar bawah ni kitorang dengan Dina.Adorable sangat dia ni. Rasa nak cium peluk-peluk je! heh! dah pun! heheheheh..


Yang ni pulak Aida. Dia suka sangat peluk orang:') Dah peluk dia puas-puas. Lepas tu dia bagi kiss (tapi macam jilat). Terharu den. Nak nangis! Boleh kahwin dah aku ni rupenya. eh? tetiba.


So, setakat ini lah kot aktiviti hujung-hujung semester ni. Dan sebenarnya.. banyak lagi. Tapi hmmm... MAsa yang diperuntukkan sikit sangat. Nak study pulak. zzzzzzzzzzzzzzz....









Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Sunday, September 15, 2013

Trip To Kuantan

Kali ni nak bercerita pasal trip jek. Takde maknonyoo trip. Setakat jalan-jalan dalam Malaysia je lah. Den ni mana mampu nak holiday luar negaro! Belajar lagi kan. so, pandai-pandai save the budget. *tak sedar diri yang dah nak exam*. For the first trip after raya hari tu ialah Kuantan, Pahang. Memang Kuantan tak ada apa tapi teringin sangat nak tengok Kuantan. Maka si badan kecik comel ni pergilah ikut kawannya, Wan Asyilah W.Zaid aka Lala balik ke kampung halamannya di Kuantan. *tiket bas boleh tahan mahalnya!*


dalam bas sani yang agak macam siput. Lain kali jangan naik Sani ye walaupun 'Berhati-hati Di Jalan Raya'. Kematu punggung ang!!


Overall, takde kemana ye mak nom sekalian. Si lala ni bawa jalan-jalan shopping mall and Telok Cempedak jek! Lain kali kena paksa dia bawa pergi pantai-pantai or tempat bersejarah or museum. Aku ni kan peminat tegar pantai, air terjun, tempat bersejarah & pameran2 ni semua.

tempat pertama dituju. Berjaya Mall. Moga terus berjaya lah ye Berjaya Mall!
shopping, makan sushi and tengok wayang

Hari kedua pergi beraya rumah kawan lala.

Last day ke Telok Cempedak. Dah petang baru nak pergi ye anak-anak

kawan kepada adik. Curi dia dari KPTM

akak comel buat henna kat tangan kita and lala! wooooo.. suka2!

selfie. telok cempedak with love<3


Bukan setakat itu sahaja, kita and lala siap masak-masak lagi kat rumah & beraya sakan! makan banyak bak ang! Boleh gemok makan je kejenya..

pancake pelbagai bentuk. 

Bukan setakat pancake. Kitorg sempat buat ice cream goreng, chocolate cake and puding roti. Boleh kahwin dah kitorg ni. wuwuuuuuuuu~





NEXT TRIP------> BUKIT TINGGI, PAHANG!



Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Wednesday, September 11, 2013

Rampas

Pedihnya hati Tuhan saja yang tau.
betapa kejamnya aku.
Ya Tuhan, maafkan hambaMU,
wahai teman, maafkan aku.
Sungguh aku berani mati, merendah menurunkan egois aku.
Hanya kerana tak mau hubungan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu,
putus.
Tapi.. aku sendiri yang mengalir.
aku sendiri yang tersakiti.

Aku sedar bukan baru sekarang,
sudah lama.
Sejak sekian lamanya.
Ego aku membataskan segalanya.
Takut, gusar, risau..
menghantui aku. menjadi bayang-bayang gelap dalam hidup aku.
Aku nekad, aku juga manusia. bukan malaikat. bukan rasul
Aku buat silap. kekhilafan menjadi sebati dalam hidup bergelar manusia.

Mungkin kisah setahun lalu, aku tak sedar.
Tapi aku memerhati, melihat, memahami.
Kau sedih, aku turut sedih.
Kau terluka, aku turut terasa luka itu.
Sekali lagi. Ego.
Itu yang membataskan segalanya.

Mungkin engkau anggap aku perampas.
Ya, aku perampas.
Aku merampas hati itu dari engkau.
Tapi hati itu milik Allah.
Kasih & sayang, Allah yang beri.
Aku bukan malaikat, aku bukan nabi. aku bukan rasul.

Ya, Tuhan Maha Adil.
Dirampasnya dari engkau, diberinya pada aku.
Mahu mengajar kita berdua.
Rasa nikmat disakiti, rasa nikmat dilukakan, rasa nikmat berkasih sayang, rasa nikmat persahabatan, rasa nikmat hancurnya hubungan suci itu.

Terima kasih kawan,
kau sedarkan aku.
kau buka mata aku.

Terima kasih kawan.
kata-katamu bagaikan mengejek aku sendiri.
'padan muka'
'engkau rampas, engkau terima balasannya'

Aku sedih. Ya.
Tapi aku kuat. Aku bukan perempuan lemah.
Aku tahu kekuatan aku. Aku tahu Tuhan Maha Adil.


Ikhlas,
kawanmu, musuhmu.


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Sunday, June 16, 2013

Wondering

I'm wondering.. Who actually my friends? Sometimes, I feel like never exist and all alone in my tiring day. 

One said, being friend with everybody. No matter how the background and where they come from.. Being friend to them and treat them well. 

Your family is your friend. You siblings are your best friends. Because they will always have some spaces for you. They will always there for you. 


*Random thought*




Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Saturday, June 15, 2013

Where am I?

It's been a very long time I didn't post anything in my blog. Kesibukan dan kemalasan melanda-landa. Nak menghadap laptop lama-lama bukan lagi kegemaran. haishh..



15th April - 30th May
Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh & Kundang
Clinical practice for semester 5

Patient paling rapat dengan kita:) Thank Amiruddin and pak cik Manan diatas setiap  nasihat dan  cerita

Practical mates. From KSKB and INTI College:)
Family angkat kekitorg di Kundang:) Mak cik and her family.
Rasa mcm family sendiri tau. lebiuuuu mak cik :*

With En Hamdan(our hottie Clinical Instructure) & Puan Mathilda (Clinical Preceptor)
Rindu rindu rindu en hamdan! huwaaaaa! He likes our own big brother! Duduk Madinah elok2 en hamdan)

30th May - 6th June
UiTM Kampus Puncak Alam
Minggu Destini Siswa (MDS) untuk pelajar-pelajar baru asasi
tu diaaa... ramai benar pelajar asasi ni. X silap 3000+ pelajar baru

kembar kita pun dapat kat puncak alamXD hehehehehe.. bukanlah kembar tapi adik. hiks

Sisters also joined the MDS:) hiks. 


7th June
Putrajaya
Buat passport yang selalu tergendala disebabkan sistem tergendalam 

*maaf. tiada gambar akibat kemalasan melampau*

8th June
Melaka
Took umi's car at cik aju's house and sent my car to cik aju as she wanted to borrow the car for a while. 
cousin cinonet. am getting crazy with this lil cutie cousin

9th June
Puncak Alam
Masuk rumah sewa, kemas2 rumah and movie with Mohammad Amirul:*

*motif gak lah nak ambil gambar time tgh busy angkut barang*


10th June - 13th June
Puncak Alam
Classess was started and baru attend 3 kelas kot. Lepas tu kena attend meeting program. dan dan melawat abg shuk yg sakit di Clinical Training Centre, UiTM Kampus Perubatan Sg Buloh.

wahai sisters, korang memang hebat! 

adik-adik abg shuk yang nakal semuanya

normal diet. inikah normal diet?

ramai juga peminat abg shuk niXD


14th June
Putrajaya
Ambil passport and watched SUPERMAN with Nabila Bahruddin. Thank you kakak! Really enjoyed the movie!

the passport and the tumbler! 

Nana,
I always love you. forever and ever. You're my one and only big sister that I have.
My Big Sister, my shoulder to cry on, my English teacher.
aaaaaaaahhhhhh.. I LOVE YOU!

That's all peeps. Enough for today.


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Tuesday, April 9, 2013

Unty Vogue

Enteri kali ni ditujukan khas buat anak-anak daku+hubby yg tomei2.. dan sebagai balas dendam dgn entry cik papan! *evil laugh* Aku pulak yang dah terkena Final Exam Syndrome. Kuangjaq syu hantar syndrome merepek kat aku! cissss..

Anak-anak bonda yang bonda amat sayangi,
Zaman bonda belajar, zaman universiti bodan, bonda rapat dengan beberapa minah yang bolehlahlah. (Habis lah kengkorang semua esp papan!) Mari mulakan penjelajahan kehidupan unty2 korang yang x berapa senonoh ni.


tetiba si pondan belakang kekitorang. hiks. maaf abg shukXD

i know, im the cutest! 


Wan Nur Hidayah Binti Wan Marzuki (beside me), Si Panda comel yang x berapa comel. orang key-el yg tak berapa nak key-el. Kakak pengawas yang over garangnya sampai sekarang di SM Sains Selangor. Kenal sewaktu berasmaradana dengan MDS. Gayanya ala ala mak orang gitewww. Kalau marah macam nak makan dinasour 10 ekor. Kalau gelak kalah perempuan melayu terakhir. Walaupun garangnya tahap devil, dah kata pun macam mak mak kan.. hati lembut bak sutera buruk tu tentulah ada. Kadang2 tu rasa macam siapa mak aku sebenarnya ni. haaaaaa...gitewww. Special about dayah is.. PUDING ROTI yang nyum nyum sampai jilat jari ibu kaki dayah. eh? tak tak tak.. Terangkat gua!

Siti Mashasanah Binti Munsir(purple), Si Mentadak yang banyak mulut. Nama pun dah macam jawo toktok, tentulah orang jawo Batu Pahat. Tapi tak sejawo atok aku kat Parit Jawa. Kampung kampung tu dah sebati sejiwa dengan cik mas sorang ni. Awal-awal kenal dulu, ayat pertama aku, 'mak aiiiii kepoh bak ang!' Kalau boleh nak jauhkan diri daripada cik mas ni haaa.. tapi dah jodoh bersama-sama.. melekat gak dengan makcik sorang ni. Yang ni, tahap garangnya melampau sikit. Tahap gelaknya macam devil. Sekali cakap, internal and external bleeding. Agak-agak boleh terkesima dengar tomahan minah ni. haaaaa...ada berani?

NurAin binti Noor Azmi(sebelah mas). Si Kambing belaan yang busukMinah sorang ni start rapat sejak sem 3. Lagi-lagi bila dah masuk SMF. Bagai pinang digam gajahkan, tak nak terpisah. Muka innocent tapi sekali bersuara..kau gelak sampai semput. Agak2, dah boleh korek lubang kubur sendiri sebelum ain mula bersuara. okay ain. aku melawak hambar jek. Tukang troll terhebat! Sediam-diam ain azmi ni, kalau bab troll orang, berdekak sampai keluar usus perut! Macam.. "AIN KE NI?" haaaa... Muka innocent tapi.... *silalah sambung sendiri*. Kebaikan ain ni x usah dibilang sama gua. Banyak sangat jasa dia sama gua. tak terbilang gua! Paling best pasal ain, dia tak berkira. "Teman sejati katanya"

Syuhadatul Ashikin Binti Borhan(sebelah ain), Si Hamster yang papan. Jiran sobolah taman den jo. Kenal melalui dayah dan ahkak hempipi kekitorang yang exaggerated.Suka usha lelaki yang berumur. Mohon jangan kahwin dengan suami orang ye kak. Cakap orang heartless, dia pun heartless. Lagi teruk daripada aku rasanya heartless minah ni. Jantina masih perempuan tapi hati serupa lelaki. Kalau aku ada anak, mmg aku tak bagi anak aku dduk dengan minah ni. Habis heartless anak aku nnti-.-' WHAAAA!! tak mau! Walaupun berjiwa heartless, bab cintan cintun..MENITIK AIR MATA GUA! Siapa mahu try ini minah, sila fikir banyak kali. 'Orang yang suka dia, dia takkan suka balik. Orang yang tak suka dia, dia akan suka' WAH! dah macam prinsip hidup giteeeewww!


Wahai sisters yang semua 'cantik & ayu', kengkoranglah ohsem, jiwa, limpa, hati, paru2, jantung gua! Put Loves you ollss! meh kiss sikit! memuuuuuaaahhh!!!!






TERASA AYU APABILA BERSAMA KENGKORANG NIXD hiks!
xoxo, puteri aqiliah:)





Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)