Tuesday, September 18, 2012

Amanah itu


Mungkin, gambar di atas sudah cukupmenerangkan segala isi hati hamba. Ya, saya bertanding untuk pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ataupun lebih dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2012/2013 UiTM Shah Alam dan juga bertanding sebagai seorang calon dari Fakulti Sains Kesihatan:)

Alhamdulillah, penamaan calon sudah pun selesai. Semua calon bersama2 dengan Campaign Manager(CM) dan jentera dah mula memasang poster dan banner. Pilihan Raya Kampus (PRK) semakin terasa bahangnya di semua cawangan UiTM termasuklah kampus induk di Shah Alam dan kampus satelit di UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana. 

Diri yang kerdil, kecik dan comel ini juga LAYAK BERTANDING. Bukan hendak membangga diri tapi nak promote diri ni. uhuksXD..


LET's BRIDGING THE GAP!
UNDILAH SAYA!

Ingin ku petik kata-kata kak musaadah,
'Setinggi mana kita, sehebat mana kita, kembalilah membumi'


Aku juga manusia biasa, aku juga manusia yang selalu melakukan kesilapan. Aku bukan orang hebat dan aku bukan orang yang berkuasa. Aku adalah aku, seorang hamba Allah yang kerdil. Diri ini masih terasa ilmu didada belum cukup untuk menampung amanah ini. Namun, jiwa yang kental membuatkan aku untuk terus bertanding dan berjuang demi warga Fakulti Sains Kesihatan, anak bangsa, UiTM dan agama. Niatku hanya satu dan biarlah aku sahaja yang ketahui. Mereka yang mungkin faham perjuanganku, akan mengerti niatku.

dan mereka adalah kekuatan diri aku. Mereka adalah kakak, abang dan adik-beradik aku:') 

Calon-calon Fakulti Sains Kesihatan yang bertanding:) 
From left, Syuhadatul Ashikin, Me, Kak Naiem and Kak Maryam

Sibling yang bertanding, Naz, Angah, Jimy, Syu and Me<3
dan kami berjanji utk sama2 naik, utk sama2 berjuang! 
Btw, congrats to Angah (2 from left) kerana sudahpun menang tanpa bertanding

Sewaktu aku mula melangkah ke UiTM, dialah penjaga setia adik-adik. Memahami adik-adiknya dan penghibur hati kami. Kak Aimie, pray for ur lil sister and thanks for everything:)

The most important person dalam perjuangan. Juga adik-beradik. Kakak yang sentiasa memberi semangat dan nasihat serta tunjuk ajar. Kakak yang tidak pernah lokek dengan ilmu. 
Thank you kak myra. Thank you for helping us. Love you a lot my dear sister:')

Aku tidak mengharapkan apa2. Menang atau kalah adat permainan. Perjuangan tetap perjuangan. Mesti dan wajib diteruskan. Namun, satu harapan aku, Ukhwah yang terjalin ini, diharapkan tidak terputus ditengah jalan. Biarlah ia kekal bersama-sama gelaran adik-beradik walaupun dari rahimyang berlainan dan dari sperma yang berlainan. Hati yang satu menjadi ikatan ukhwah ini:)


InsyaAllah.. seorang pemimpim bersedia untuk memimpin dan dipimpin. Apabila dia semakin dikenali dan menjadi semakin hebat, dia kembali membumi, kembali kepada Tuhan Yang Satu. Menjadi seorang pemimpim bukanlah untuk dikenali, malah bukan untuk mencari populariti. Amanah dan tanggungjawab yang dipikul menjadi saksi di akhirat kelak. 


-PUTERI NUR AQILIAH BINTI MOHD TAJUDDIN-







Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

2 comments:

Wanie Suhaini said...

Tahniah adek manis pemimpin brbakat beso ^^

najihahfara said...

gud luck..