Saturday, July 28, 2012

dulu dan kini

4.40 petang mula menaip
sambil mendengar Red.fm
selepas membaca dan ulangkaji subjek Neurologi

PMR and SPM just around the corner. bukan corner dah.. dah nak hujung pun. Tak main corner2. Maka, sebagai kakak yang prihatin lagi bertanggungjawab (saya mmg suka masuk bakul angkat sendiri. sekian) Wah! bangga cikgu Bahasa Melayu akuXD 

sambung2.. 

Maka, sebagai kakak yang prihatin lagi bertanggungjawab, memberi semangat kepada adik-adik sangat dituntut! ye anak-anak sekalian.. dituntut ye. Nak dijadikan cerita, una call kakaknya. Aku lah kakaknya. siapa lagi kan. Berilah kata-kata semangat sebab dia dah nak trial SPM. TKC-ians ALL THE BEST k)

uissshhh.. marah adik-adik SESERI! maaf! maaf! jangan salahkan ibu mengandung. aku tak mengandung lagi. eh?

sambung2. banyak betul iklannya.

tengah bagi semangat tu tiba-tiba teringat zaman keanak-anakan aku. zaman remaja muda belia. aku muda lagi T.T belum 19 tahun pun lagi. Zaman KEGELAPAN! Zaman di SM Sains Seri Puteri. Zaman pertama kali jejak asrama. 

berada di seseri, memberi seribu satu makna dan kenangan

Rasa rindu tapi tak nak ulang kembali zaman itu. Terseksa waaa cakap. Kuala Lumpur tu dah lah panas. Balik kelas mesti lalu bawah matahari yang perit tu. Hitam kulit I tau. Lepas tu beratur sepanjang mungkin untuk makan tengah hari. Berpeluh-peluh dalam surau masa solat maghrib dan isya'. Kepackkan schedule. haish.. Rasa mcm nak terjun dalam sungai depan sekolah tu-.- Dengan rasa getar nak SPM. Tak payah cakap lah. memang kerja aku study 24 jam tapi masih lagi tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Jangan tanya kenapa. Aku memang begitu.

Yang manisnya pun ada.. buli juniors, bergelak tawa sakan dengan kawan-kawan. boleh ambil gambar kawan-kawan tidur dlm kelas. Aku banyak simpanan.. nasib tak upload jek. 

Kini, zaman universiti. Zaman terseksa sebab sekali lagi aku ambil medical field. Kena belajar segala macam neuro, muscles, bones, nerves and all the peliks terms. Tapi apa boleh buat, belajar aje. Lillahitaala.
Nasib baik aku hidup lagi. hewhewhewhewhew~
Dah duduk kat universiti pun, perasaan homesick and nak balik masih membuak-buak. peliklah aku ni-.- macam tak pernah duduk asrama tau.

sakan kawan-kawan study

Panjangnya berceloteh.. aku nak bagi beberapa tips kepada adik-adik untuk rasa have fun duduk asrama dan tips tak nak stress study

Tips HAVE FUN di asrama:
1) Rebel sebanyak mungkin rules sekolah dan asrama. 
Aku ajak adik aku fly. Ambil dia kat sekolah dan kitorg pergi merayap-rayap. Ada berani kan? Aku ajar adik-adik aku bawa handphone pergi asrama. Senang sikit aku nak call ke. ajak gayut2 ke. 

2) Adakan satu sesi sembang-sembang dengan kawan. Korang gelaklah sampai satu sekolah dengar!
Korang buatlah lawak bodoh/looser. Tapi lepas dah penat study or mengantuk time study. Lepas tu gelak ramai-ramai. Warden datang marah or demerit rumah korang, buat bodoh jek. tak effect apa2. percayalah. HAHAHAHAHAXD

3) Pergi jalan-jalan satu sekolah
Apahal lah korang duduk jek dalam dorm/bilik tu. Buek habis boreh jo.. Apa kata, korang keluar jalan-jalan. Aku tau ramai yang tahap pemalas nak bersukan. Pergi berjalan pun jadilah. Pergilah kat tempat2 atau area yang jarang korang pergi. Ambil-ambil gambar. best tau!

membuli adalah wajib!


Tips tak nak STRESS study
1) Lompat dan lompat
Pergi main lompat2 kat sana. lompatlah banyak-banyak. confirm tak stress

2) Gelak tiap-tiap hari
Inilah tabiat aku tiap-tiap hari. Mesti gelak sampai guling-guling. Hilang stress aku study. tak percaya? buatlah! bagus dan boleh diamala ni

3) Menyanyi kuat-kuat dalam toilet dan dorm
Kalau kat asrama puteri, menyanyi dalam toilet or dorm kuat2, mesti ada yang sambung2. lepas tu gelaklah beramai2. beeeest!

4) Main baling-baling sabun dan air
WAJIB diamalkan. Dah habis basuh baju, air sabun tu korang simbah kat kawan. Tak pun, time kawan korang tengah mandi, simbah degan air sabun basuh baju. mesti gelak tergolek2. CONFIRM!

5) Sentiasa berdoa dan solat cukup waktu
gelak-gelak juga babe. Tuhan jangan lupa bro. Pastikan solat cukup waktu, berdoa dan baca Al-Quran:) Ini yang paling mujarab kalau rasa stress. LEpas tu menangis puas2. Pasti relief.. InsyaAllah..

dah belajar, maka tidur.


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

2 comments:

Anis Adila Aris said...

serius rindu zaman sekolah dulu..
waaaa

Hanis MY said...

Membuli adalah wajib haha pengsan!

Of course la akak ingt putput comel ni selamat hari raya dear maaf zahir batin