Thursday, December 15, 2011

kawan vs lawan

Just because of a person smiles all the time, does not mean his/her life is perfect

Expectation is the root of all heartache
-William Shakespeare-

di kelas Electro bersama Abah(my lect), 
aku tertarik dengan kata-kata Abah, 'mula-mula kawan, lepas tu lawan'

disaat aku sedang menghadapi satu dugaan yang tak pernah aku sangka dan jangka, abah mengeluarkan kata-kata sebegitu. Rasa nak menitik air mata ni. Rasa luruh jantung aku. 
Bukan hendak meninggi diri mahupun mendabik dada, aku berani katakan yang aku sangat menghargai sebuah persahabatan. Sejahat mana kawan aku itu, pasti ada kebaikan di dalam dirinya. 


Cerita itu, macam sukar nak dipercayai. macam sukar untuk aku terima. I'M IN THE MIDDLE! rasa nak menjerit pun ada. perihal kawan antara perkara paling cepat mmbuatkn aku menitiskan air mata:'(
Nak percaya A pun tidak. Nak percaya B pun tidak.
Kadang-kadang diri aku yang x sempurna ni pun ada banyak buat silap. salah. dosa ap entah lagi. bertimbun.
Aku rasa kesilapan yang aku dah buat betul2 makin mengeruhkan keadaan. Ya Allah.. apa yang aku dah lakukan? 

Namun, aku tetap terkilan apabila ada tomahan dilemparkan kpd aku. haish.. mmg pantang nenek moyang beta apabila beta kena tomahan x betul! ----> murka sgt la tu
seriously, I was like WHAT THE FISH?! aku pula yang kena. x pelah. nak buat mcm mna. kalau aku buka mulut, cakap aku ni tipu. Kalau aku diam, cakap aku ni pengecut.

buat teman,
setiap persahabatan itu, ada naik turun. sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan sebuah hubungan persahabatan. Bukan kita yang minta. mungkin tuhan mahu tunjukkan sesuatu. Mahu kita sama-sama perbaiki kesilapan kita. mahu kita sedar siapa diri kita. Maaf kalau ada perkara yang telah melukakan hati itu. Maaf kalau ada perkataan yang menghiris jiwa itu. Maaf jika ada tersilap laku. Bukan tidak mahu memberi kepercayaan itu. tetapi tersepit di tengah-tengah amat menyakitkan. Bagi di pihak sana juga, kepercayaan 100% memang todak diberikan. Cerita-cerita sinis mahupun tomahan itu, biarlah menjadi pengajaran buat kita. Bukan hak sesiapa mahu menuduh bukan-bukan. Apa yang diharapkan.. 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'
Kita makin menuju kematangan. Mungkin ini salah satu cara utk mematangkan kita. maybe.. who knows..
Ampun dan maaf. Setiap manusia itu ada buat silap. Diri ini boleh mengaku kesilapannya. hanya menanti kemaafan dengan hati yang redha dan ikhlas...

sincerely,
kawan ini






Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

No comments: