Monday, October 24, 2011

Duhai hati

Duhai hati..
sabarlah dikau
bukan tidak mahu, masanya belum datang

Duhai hati
tabahlah dikau
bukan tidak ada, masanya belum tiba

Duhai hati
tenanglah dikau
dugaan itu pasti datang, hanya dikau yang mengawalnya

Duhai hati
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
pasti ada yang lebih baik

Duhai hati
ketentuan dan takdir sudah ditentukan olehNYA
berusahalah dan janganlah berputus harap
teruskanlah perjuangan mu
pasti ada cahaya di sebalik kegelapan
pasti ada sinar di setiap jalan

Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini. Janganlah kau timbulkan keraguan. Permudahkanlah setiap apa yang berlaku. Aku redha dengan ketentuanmu. Jika itu pilihan Mu Ya Allah. Aku terima dengan seadanya..



Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

No comments: