Monday, June 7, 2010

buta, pekak dan bisu

Cinta? baca ini:


kadang-kadang, mata kita nampak benda yang kita nak lihat, telinga kita dengar apa yang kita nak dengar dan mulut kita berbicara apa yang kita mahu bicarakan tanpa memikirkan natijahnya. Hakikat cinta itu sebenarnya cinta itu buta, pekak dan bisu. Cinta itu buta kerana kita tidak akan pernah tahu siapa dia yang akan memperoleh cinta kita. Cinta itu pekak kerana cinta yang suci tidak mendengar bicara manusia yang rapu. Cinta itu bisu kerana cinta itu tidak akan pernah terluah oleh kata-kata yang sia-sia. Hanya orang yang bercinta merasakannya dan hanya orang yang benar bercinta dan ikhlas bercinta akan merasakannya. Ayat-ayat cinta yang selalu terluah di bibir manusia hakikatnya kebanyakannya adalah bertunjangkan nafsu semata kerana cinta sebenar adalah buta, pekak dan bisu.  
Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

No comments: