Sunday, June 14, 2009

Kematian+Kehilangan

Rabu, 10 Jun 2009..
Aku dan seluruh family besar aku termasuk adik2 opah, sepupu umi, 2pupu ku telah kehilangan seorang yang sangat disayangi iaitu moyangku, nenek kpd umi n ibu kpd opah..
Aku mendapat panggilan daripada umi pd pkl 1 lebih dan umi menyuruh aku untuk kemas bag utk pulang ke kampung kerana moyang atam sakt tenat. Namun, aku kms bag setelah umi sampai di rumah kerana aku sibuk menyelesaikan tugasan dan homeworkku yang bertimbun2..
Pada pkl 3, aku dan keluargaku memulakan perjalanan kecuali abah sebab abah dah berada di Perak.

4.20 pm-umi dapat panggilan dan tiba-tiba umi menangis..ya..moyang atam dah tiada lagi. Pergi untuk selama-lamanya.. Aku pun turut menangis kerana sudah kehilangan seorang moyang dan sedih melihat umi. Adik2 ku terutama sekali Athirah dan Aisyah pelik..mereka kecil lagi dan tidak faham. Kami hanya memberitahu bahawa moyang atam dah meninggal..dah x ada!

7.00 pm-kami tiba di kampung n abah pun dah ad kat kampung. Jenazah moyang atam diletakkan di rumah opah aku. Sayup sungguh suasana di rumah opah aku. Hanya kedengaran suara orang membaca Yassin. Habis jew aku tolong una angkat bag, aku ikut umi lihat jenazah moyang atam. Air mata aku laju mengalir apabila aku tgk umi menangis masa tgk jenazah moyang atam. Masa 2 Athirah n Aisyah pun ada sekali..
Aisyah : Umi, kenapa moyang atam tidur? kejutlah moyang atam...Moyang atam dah x ada kew umi?
Umi diam jew..sedara mara makin ramai yang dtg..adik2 opah aku dan sepupu umi pun hampir semua dah ada di rumah opah. Suara orang baca yassin makin kedengaran dengan jelas dan kuat. Setelah aku habis jew mandi, aku nampak dua pupu ku, amir, menangis.. Dia br 5 thn tapi dah fhm..dia ckp dia sedih sbb moyang atam dah x ada.. budak kecil mcm dia pun fhm..
Malam nie, semua adik2 opah n sepupu2 umi tidur di rumah opah. Malam 2 mmg penuh rmh opah..

Khamis, 11 Jun 2009
Hari nie moyang atam akan dikebumikan. Pagi2 lagi aku dah bangun, bersiap dan terus baca yassin dengan mak sedara yg tua setahun dr aku. lps 2 br breakfast. Org pun dah makin ramai yg dtg. Sedara mara, jiran2 moyang atam n jiran2 opah..
Semasa jenazah dimandikan, aku pun join tgk.. umi, opah, opah tak dan opah chik antara waris yang memandikan jenazah..sedih giler r time nie! semua anak n cucu2 moyang atam menangis.. n aku pun turut menangis..hanya aku n una, cicik moyang atam yg sudh besar dan fhm.
satu pengalaman buat diri aku iaitu menjirus air ke atas jenazah semasa dimandikan..menangis2!

Semasa nak kafankan, semua anak2, cucu n cicik moyang atam lihat dan cium dahi arwah. Aku lihat anak2 moyang atam t'msk opah tenang n reda dgn pemergian arwah..
setelah dikafankan, arwah di bawa ke tmpt pengkebumian..tapi aku x ikut..


Inilah dikatakan takdir dan ketentuan Allah SWT. Kita kena reda setiap kehilangan dan kematian seseorang yang kita sayang. Semoga roh Allahyarhamah moyang Atam dicucuri rahmat dan diletakkan di tempat2 orang yg beriman...amin..
Al-Fatihah..

Majlis tahlil diadakan pada malamnya..habis jew majlis tahlil, semua anak-beranak arwah moyang atam berkumpul..

~Aku harap, bila arwah moyang Atam dah x dew, kami semua masih lagi berhubung dan rapat n bila raya, semua masih lagi berkumpul beramai-ramain..amin..


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

No comments: