Sunday, November 30, 2008

Sajak

Pemikiran manusia sungguh sudah rosak,
Nafsu pun mendesak-desak apa yang dia hendak,
Kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya,
Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak,
Sedangkan fikiran pada otak umpama orang yang cerdik dalam diri manusia,
Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya,
Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.
makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.

Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.

Perjuanagn manusia setakat itu sahaja.

Sejauh mana mereka mengembara matlamatnya itulah jua.

Ke manapun mereka belajar dengan tujuan, apa yang sudah dinyatakan.

Soal negara, bangsa bukan urusan mereka,

Itu adalah urusan pemimpin negara ataupun orang politik sahaja.

Soal tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada dalam kamus hidup mereka.

Fikiran semacam ini sudah menjangkit kepada umat Islam juga.

Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal,

kenderaan, seks, dan nama.

Jika begitu, murah sangat kehidupan ini.

Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.

Kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita.

Mereka lupa selepas mati ada SYURGA dan NERAKA.

Jika hidup seperti mana kita cerita,

Jawapannya kebanyakkan manusia terjun ke NERAKA.

Ke SYURGA mungkin setiap satu juta seorang sahaja.

Sungguh tertipu kebanyakkan manusia menilai kehidupan ini di dunia.

Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja.

Seolah TUHAN jadikan dunia dan manusia seronok-seronok semata-mata.

Kemudian mati habis cerita.

Selepas mati tidak ada kehidupan lagi,

Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja,

Kerana itulah kebanyakkan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja,

Berhibur, berseronok, bergembira, bersuka ria.

Begitulah apabila fikiran manusia sudah rosak.
Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

No comments: