Saturday, November 8, 2008

SAHABAT


Setiap insan tidak mampu hidup bersendirian. Semua hidup secara berkelompok dan memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan..Ketika kita dilanda kesusahan atau kesedihan, sahabt sejati pasti sanggup berada di sisi.


Di sini saya akan memberikan beberapa tip untuk peroleh sahabat sejati..

1. Jangan hancurkn ikatan persahabatan hanya kerana masalah kecil..bijak berkomunikasi amat penting dan saling berbincang dr hati ke hati..

2. Sikap saling menghormati harus diterapkan. Masing-masing mesti tahu menjaga perasaan dan hati antara satu sama lain.

3. Sifat cemburu harus dilontarkan jauh-jauh.. terima dengan hati yang terbuka jika sahabat kalian lebih apa-apa daripada kalian.

4. Fikiran mestilah sentiasa positif dan bersedia menerima kelebihan dan kekurangan satu sama lain.

5. Cari sahabat yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Jadi, masing-masing dapat berkongsi minat yang sama.

6. Jangan sempitkn fikiran dgn pemahaman mahupun kepercayaan anda sendiri.. Hormati dan hargai pandangan org lain. Jadilah pendengar yang baik..

7. Saling belajar agar masing-masing dpt menimba pengalaman dan pengetahuan baru.

8. Jangan jadi talam dua muka. Amalkan sikap jujur dan ikhlas dlm persahabatan..

9. Jangan campuradukkan masalh-masalah yang anda hadapi dengan persahabatan.

10. Pelihara pertuturan kalian agar masing-masing rasa dihormati dan dihargai...



Saya rasa saya sudah menjumpai sahabat sejati saya... mereka sentiasa di sisi saya ketika senang dan susah.. bersama-sama kami kongsi kesedihan dan kegembiraan..

Terima Kasih Nadia Fatehah, Asraful Nil, Nurul Hidayah, Nur Zulaikha, Iman Fakhri dan Wan Muhd Rizwan...Terima kasih juga buat kakak angkat ku yang disayangi, Nabila Bahruddin yang juga berkongsi kedukaan dan kegembiraan..




Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

No comments: