Sunday, November 30, 2008

Sajak

Pemikiran manusia sungguh sudah rosak,
Nafsu pun mendesak-desak apa yang dia hendak,
Kehendak nafsu juga tidak ada batas dan sempadannya,
Kehendak nafsu menggunakan fikiran yang sudah rosak,
Sedangkan fikiran pada otak umpama orang yang cerdik dalam diri manusia,
Dengan kekuatan fikiran kehendak nafsu amat lajunya,
Fikiran yang sudah rosak hanya memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.
makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.

Belajar tinggi macam mana sekali pun tetap memikirkan makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.

Perjuanagn manusia setakat itu sahaja.

Sejauh mana mereka mengembara matlamatnya itulah jua.

Ke manapun mereka belajar dengan tujuan, apa yang sudah dinyatakan.

Soal negara, bangsa bukan urusan mereka,

Itu adalah urusan pemimpin negara ataupun orang politik sahaja.

Soal tuhan, soal agama lebih-lebih lagi tidak ada dalam kamus hidup mereka.

Fikiran semacam ini sudah menjangkit kepada umat Islam juga.

Rata-rata umat Islam berfikiran makan, minum, pakaian, tempat tinggal,

kenderaan, seks, dan nama.

Jika begitu, murah sangat kehidupan ini.

Hidup kerana makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan, seks, dan nama.

Kemudian mati selepas itu mereka anggap habis cerita.

Mereka lupa selepas mati ada SYURGA dan NERAKA.

Jika hidup seperti mana kita cerita,

Jawapannya kebanyakkan manusia terjun ke NERAKA.

Ke SYURGA mungkin setiap satu juta seorang sahaja.

Sungguh tertipu kebanyakkan manusia menilai kehidupan ini di dunia.

Kehidupan di dunia sungguh dipandang murah sahaja.

Seolah TUHAN jadikan dunia dan manusia seronok-seronok semata-mata.

Kemudian mati habis cerita.

Selepas mati tidak ada kehidupan lagi,

Kehidupan itu hanya semata-mata di dunia sahaja,

Kerana itulah kebanyakkan manusia hidup di dunia macam orang berkelah sahaja,

Berhibur, berseronok, bergembira, bersuka ria.

Begitulah apabila fikiran manusia sudah rosak.
Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Friend, Never Forget

Even when the day and nigth
come and fall

I stare at the sky
wondering for you all

Remembering the times we spent together
always beside each other, now and forever

Even when we have our doubt,
and flight for something different,
I remember our special connection was all about

Alwasys forever, by each other,
Friendship is what we will always have,
now and for ever...


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

B'day aku..





23 october akunyew b'day.. time nie msh skolh lg n dah hbs PMR pun. Hari itu ada lawatan ke KL Tower. Happy mmg happy!! Sampai sekolah pagi 2, kami pelajar tingkatan 3 x msk perhmpunn. Lepas perhimpunan, nana datang jumpa aku..terkejut gak aku. Lepas 2 terserempak dgn Kak Wani. Kak Wani pun wish r..hehe... happy+takut. happy coz kak wani igt b'day aku n takut lak..takut nana jelez!! Ahaks!



~Di KL Tower, aku pusing2kat ats 2..Tgk Kl!!(Mcm x pernh tgk lak!) haha.. Ambil gambar, gelak2 ngan kwn2, pusing2 n mcm2 r.. Lps 2 gie beli brg kat shop kat c2.. aku beli Teddy Bear.. hehe..dah besar2 pun beli teddy bear lg!

~Lps 2, kitorg gie jungle treckking kat Hutan Bukit Nanas..

~Dlm pkl 1 lbh kitorg balik r.. Penat sey...samapi dlm bas tertido2..Sampai jew sekolah, aku trus gie sekolah. Yang peliknyew, lps solat Ashraful terus balik rmh n Nadia gie mn ntah..Lepas 2 nana dtg kat aku. Duduk dpn aku n sengih2. Dia gie kat kwn2 dia n ckp sumthing kat kwn2 dia.. Tiba2 kawan2 dia nyanyikn happy b'day utk aku..dah r kuat! malu ak! ap2 hal THANX a lot!! sayang sama merekA! X lama lepas 2, Iman pula dtg. ddk sebelah aku n sengih2 gak! Pelik bin Mushkil!! Nadia pula dtg! Lepas 2 Ewan. Lps 2 Ashraful dtg n jmp nana.. Dia bisik2 kat nana..Ap r muslihat diorg nie!

~X lama lepas 2..Nana, Iman, Ashraful n Nadia ajk aku..aku tnya, diorg wat x tau je.. Aik, gie blk pengawas?? Ashraful n nadia srh aku tgg luar jap.. Lps 2 srh aku msk. Aku msk n SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! B'day SURPRISE!!! Terkejut n Terkesima aku! POP! POP! Nana n Iman letupkn mercun yg tarik 2! hehe... Aku happy sgt smpi HUG NANA!!! Nie sume plan Ashraful n Una.. ish adik aku sorg nie.. Nadian n Syiqin pun berkomplot juga! Kitorg makan2 n Nana bg aku b'day present!!

~Sampai Rumah jew, aku terus buka present yg nana bg..CHOCOLATE n BUKU serta KAD! hehehe.. yg best aku dpt CHOCOLATE! byk!!


Thanks Nana, Iman, Ashraful, Nadia, Una n Syiqin.... Thank You SGT!! SAYANG korg SANGAT2!






Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Hidup Macam Roda

Hidup manusia macam roda. X kisah r roda ap pun.
Skejap kita berada di atas, sekjap kita berada di bawah.
Maksudnya, ada masa kita berada dalam kesenangan dan berjaya dalam melakukan sesuatu. Ada masa kita berada dalam kesusahan, gagal melakukan sesuatu dan melakukan kesilapan. Jika kita berada dalam kesenangan, kita mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang akan datang. Perbaiki diri kita melalui kesilapan yang telah kita lakukan. Melalui kesalahan dan kesilapan, kita dapat mengetahui kelemahan diri kita dan puncanya. 'NOBODY PERFECT IN THIS WORLD', bak kata kawan aku.. Kadang-kadang kesalahan dan kesilapan itu berpunca daripada kita sendiri. Ego yg terlalu tringgi dan tidak mahu mengalah serta bertindak melulu menimbulkan kesusahan dan kesilapan.

cuma satu yang mesti kita ingat..

jika berada dalam kesenangan, jangan lupa kepada orang yang berada dalam c kesusahan.
jika berada dalam kesusahan, mintalah pertolongan dan perlindungan daripada yang Maha Esa. Berdoa, berzikir dan memperbanyakkan amalan baik serta berusaha.. Mintalah kepada-NYA. InsyaAllah pertolongan dan perlindungan akan diberikan kepada hamba-hambanya yang soleh.

InsyaAllah..
Amin.


*wahai sahabt-sahabat ku yang saya sayangi serta orang yang paling saya sayang,
maafkanlah diri ini. Kesilapan itu datangnya daripada diri saya dan kesenangan itu datangnya daripada Allah SWT. Saya banyak melakukan kesilapan dan kesalahn. Saya bukanlah manusia yang sempurna. Hanya satu saya pinta, segala apa yang saya lakukan, maafkanlah jika saya membuatkan kalian semua terasa, sakit hati dan marah dengan sikap saya...Halalkan segala apa yang kalian berikan kepada saya.. Saya sayang kalian semua terutama orang yang paling rapat dengan saya..
Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Friday, November 28, 2008

Tentang Mereka










'Mereka' sahabat2 ku.. baik dan setia dengan ku. Siapakah mereka?

Nadia-pendengar yang setia

Ashraful-rakan yang selalu menasihatiku
Hidayah-teman aku selamanya
Zulaikha-sahabatku sejak darjah satu

Iman-sudi mendengar masalahku
Ewan-pandai buat lawak..BLUR!!

Sukar diungkap sejauh mana kesetiaan mereka terhadapku. Hanya satu, aku sayang mereka kerana mereka yang menyinari hidup aku..Yang sentiasa membantuku tika aku di dalam kesusahan..Mempercayai aku..Membuat aku gembira..

Mudah-mudahan mereka menjadi sahabat aku hingga hujung hayat aku....AMIN...


----------------
Now playing: Anto Hoed & Melly - Ku Bahagia
via FoxyTunes


Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)

Saturday, November 8, 2008

SAHABAT


Setiap insan tidak mampu hidup bersendirian. Semua hidup secara berkelompok dan memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan..Ketika kita dilanda kesusahan atau kesedihan, sahabt sejati pasti sanggup berada di sisi.


Di sini saya akan memberikan beberapa tip untuk peroleh sahabat sejati..

1. Jangan hancurkn ikatan persahabatan hanya kerana masalah kecil..bijak berkomunikasi amat penting dan saling berbincang dr hati ke hati..

2. Sikap saling menghormati harus diterapkan. Masing-masing mesti tahu menjaga perasaan dan hati antara satu sama lain.

3. Sifat cemburu harus dilontarkan jauh-jauh.. terima dengan hati yang terbuka jika sahabat kalian lebih apa-apa daripada kalian.

4. Fikiran mestilah sentiasa positif dan bersedia menerima kelebihan dan kekurangan satu sama lain.

5. Cari sahabat yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Jadi, masing-masing dapat berkongsi minat yang sama.

6. Jangan sempitkn fikiran dgn pemahaman mahupun kepercayaan anda sendiri.. Hormati dan hargai pandangan org lain. Jadilah pendengar yang baik..

7. Saling belajar agar masing-masing dpt menimba pengalaman dan pengetahuan baru.

8. Jangan jadi talam dua muka. Amalkan sikap jujur dan ikhlas dlm persahabatan..

9. Jangan campuradukkan masalh-masalah yang anda hadapi dengan persahabatan.

10. Pelihara pertuturan kalian agar masing-masing rasa dihormati dan dihargai...



Saya rasa saya sudah menjumpai sahabat sejati saya... mereka sentiasa di sisi saya ketika senang dan susah.. bersama-sama kami kongsi kesedihan dan kegembiraan..

Terima Kasih Nadia Fatehah, Asraful Nil, Nurul Hidayah, Nur Zulaikha, Iman Fakhri dan Wan Muhd Rizwan...Terima kasih juga buat kakak angkat ku yang disayangi, Nabila Bahruddin yang juga berkongsi kedukaan dan kegembiraan..




Smile is the BEST therapy. ALHAMDULILLAH:)